Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abang JPJ Bantu Iringi Kanak-Kanak Kena Sawan Ke Hospital Dan Akak JPJ Fasih Berbahasa Mandarin Dapat Penghargaan

22 Sep 2017
2 ulasan

Pasti ramai masih ingat akan kisah sepasang suami isteri menghadapi detik cemas anak mereka diserang sawan, perjalanan mereka ke hospital tersangkut di dalam jem, mujur ada sebuah kereta peronda Jabatan pengankutan jalan(JPJ) yang mengetahui keadaan mereka ini bertindak mengiringi kereta mereka ke hospital.

Pembantu Penguatkuasa JPJ berkenaan, En. Mohd Azizul bin Mohd Anuar dan En Mohd Taufik bin Ramli dari dari JPJ Selangor hari ini telah menerima Anugerah Penghargaan Perkhidmatan dari Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid pagi ini.


Anugerah berkenaan diberikan kepada mereka bagi menghargai jasa mereka kepada masyarakat kerana tindakan yang terpuji dilakukan mengiringi kereta dipandu oleh En.Saiful di mana anaknya diserang demam dan sawan ke hospital.




Video yang dirakam oleh pihak keluarga itu sendiri telah dimuatnaik dan menjadi tular di laman sosial dimana tindakan terpuji mereka ini mendapat pujian netizen.

BACA: (VIDEO) "Terima Kasih Abang JPJ," Bapa Terharu JPJ "Escort'' Perjalannnya Kes Hospital Selepas Anak 14 Bulan Diserang Sawan

Selain mereka berdua, akak JPJ kita yang fasih berbahasa Mandarin yang menjadi tular baru-baru ini juga mendapat Anugerah Penghargaan Perkhidmatan pagi tadi dari Ketua Pengarah JPJ.

Video Nur Syafiqah binti Azaman, Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 dari JPJ Negeri Perlis yang membantu pelajar asing dari China yang tidak faham langsung Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia telah tular di laman Facebook.


Di dalam video itu memaparkan tindakan Nur Syafiqah telah memudahkan urusan pelajar berkenaan, kerana kepetahannya berbahasa Mandarin telah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon mereka.



Video yang dimutnaik oleh seorang pegawai dan kemudian dimuatnaik oleh pihak kami itu telah menerima tontonan sebanyak 4.2 juta kali, disukai 114 ribu orang dan dikongsi 47 ribu kali oleh netizen.

Kerana kelebihan beliau itu berkhidmat untuk pelanggan, dia turut menerima pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

BACA: "Dah lah Comel, Fasih Berbahasa Mandarin Pula", Pegawai JPJ Perlis Tak Sangka Videonya Viral

BACA: Pegawai JPJ 'Pandai Cakap Mandarin' Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah di Putrajaya Selepas Video Viral

Ketiga-tiga mereka menerima penghargaan tersebut hari ini ketika Majlis Perhimpunan Setia Bulan September Bahagian Kewangan di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "