Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Padah 'Acah-Acah' Beruang, Lelaki Hampir Maut Dibaham Beruang Lapar

3 Ogo 2017
2 ulasan

Seorang lelaki dibaham beruang semasa 'bermain' dengan haiwan tersebut di wilayah Phetchabun, Thailand, semalam. Lelaki tersebut ditarik ke dalam kandang beruang ketika dia menghulurkan mangkuk nasi menggunakan tali kepada haiwan terbabit.

Menurut The Mirror, kejadian berlaku ketika mangsa, Naiphum Promratee, 36, melawat kuil di wilayah berkenaan bersama empat rakannya yang lain.

Tindakan Naiphum mengacah makanan kepada beruang itu menyebabkan haiwan berkenaan berang lalu berdiri memegang dinding dan menarik kaki Naiphum menyebabkan mangsa jatuh ke dalam kandang.

Naiphum pengsan dibaham beruang berkenaan dan rakan-rakannya menjolok beruang itu dengan kayu serta mencurah air namun gagal memberhentikan kelakuan haiwan berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar mangsa.

Beruang tersebut mengheret mangsa ke dalam sangkarnya sehingga satu kumpulan berjaya memisahkan beruang berkenaan daripada Naiphum membolehkan dia diseret keluar.


Menurut penjelasan ketua sami Kuil Luang Phor Lamai itu, haiwan di kuil berkenaan kelaparan kerana tidak diberi makanan secukupnya kerana kekurangan dana.

Mangsa dikejarkan ke hospital dan kini dilaporkan stabil.

Sumber- Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "