Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Sumpah Saya Tak Pernah Jumpa Atau Bercinta Dengan Dia," Nonny Nadirah Nafi Dia Wanita N Yang Dikaitkan Dengan Dato Red

29 Ogo 2017
4 ulasan

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon wanita yang dikenali sebagai N.

Ramai yang bertanggapan bahawa pelakon N yang dimaksudkan Datuk Red ialah Nonny Nadirah, 28, sorang pelakon yang sedang menempah nama dan berasal dari Sabah.

BACA: Datuk Red 'Kantoi' Lagi Dengan Adira, Sahkan Ada Hubungan Dengan Pelakon Wanita N

Nonny yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) ini rela bersumpah bahawa tidak pernah berhubungan dengan Datuk Red yang juga merupakan suami kepada penyanyi Adira.


"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red).

"Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat," kata Nonny kepada mStar Online pada Isnin.

Nonny juga menegaskan dia tidak pernah pun bertemu dengan Datuk Red apatah lagi  menjalin hubungan cinta dengan lelaki itu.

Jelas Nonny lagi, dia berasa terkejut apabila pihak pengurusannya memberitahu tentang pengakuan Datuk Red dan namanya disebut-sebut sebagai individu yang dimaksudkan.

Pelakon ini telah memuat naik satu gambar di laman Instagram milikknya dengan disertai kapsyen yang kelihatan bengang dengan gosip yang melanda dirinya.


Nonny enggan memberi kenyataan lanjut kerana dakwaan Datuk Red itu tidak benar dan dia menghormati perasaan dua isteri Datuk Red, keluarga dan juga bakal mertuanya sendiri.

"Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri-isteri Adnan termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mertua.


Nonny juga dikhabarkan sudah mempunyai buah hati dan memiliki perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

"Lagipun, saya dan teman lelaki sudah lapan tahun bersama. Kami pun ada perancangan untuk berkahwin.

"Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan," katanya.


Sementara itu, Nonny berharap dengan penjelasannya itu semua pihak berhenti menyebarkan gosip atau fitnah mengenai dirinya dan Adnan.

"Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah.

"Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta," kata pelakon drama Isteri Luar Biasa ini.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  3. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  4. SWIN888 MERDEKA PROMOTION LUCKY DRAW
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    Wechat / whatsapp
    013-302-6666
    Swin888.blogspot.com

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
    https://www.youtube.com/watch?v=LJeb6Jztqv0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "