Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Mizan Kembali Beraksi Dalam Sukan SEA Kuala Lumpur

14 Ogo 2017
3 ulasan

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini disahkan akan kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam acara kuda lasak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), lapor Bernama.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo yang dihubungi telah  mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau, pihak Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) hari ini telah memaklumkan kepada pihak MOM tentang perkara ini melalui sekeping surat.

Katanya, pihak persatuan memberitahu seorang daripada atlet dalam skuad kuda lasak mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menarik diri.

“Pihak persatuan memaklumkan bahawa penggantian perlu dibuat dan hanya ada seorang lagi atlet iaitu Sultan Mizan,” kata Low.

Sultan Mizan sebelum ini dilaporkan telah mearik diri daripada kejohanan terbesar dia Asia Tenggara itu selepas kudanya kurang cergas untuk bertanding dalam acara kuda lasak di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong pada 20 Ogos ini.

Nama baginda tersenarai dalam empat ekuestrian terbaik negara yang berada dalam ranking Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) di mana Baginda pernah menyertai Kejohanan Endurance Dunia di Lembah Bidong pada 2008.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, ketika ditemui pemberita pada satu majlis di Petaling Jaya, yakin keputusan baginda itu akan menambah semangat dan kekuatan pasukan kuda lasak atau endurance negara.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad ekuestrian Malaysia ialah pada edisi 2001 dengan mengutip lima pingat emas dalam acara kuda lasak individu, individu dan berpasukan showjumping serta individu dan berpasukan dressage.

Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, skuad negara meraih tiga emas iaitu dua dalam acara individu dan berpasukan kuda lasak 80km, dan satu emas dalam acara dressage individu. – BERNAMA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. SWIN1688 MERDEKA PROMOTION
    LUCKY DRAW
    1-31 AUG 2017
    1st Prize Gold Bar 99.99 (100 gram )
    2nd Prize - Gaming Notebook (i7-7700HQ3.80GHZ)
    3rd Prize - IPAD PRO (10.5"258GB)
    SPECIAL PRIZE - CREDIT MYR 66X100
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    Swin1688.blogspot.com
    Wechat / Whatsapp
    013-302-6666
    014-322-7846
    011-2322-8860
    011-2611-9352

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED / BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
    - OCEANKING2 - OCEANKING3 - TEMBAKIKAN

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "