Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peguam Dedah Sijil Faraid Dan Surat Akuan Bersumpah Sahaja Tak Cukup Untuk Urus Daftar Milik Harta Pusaka Kepada Waris

14 Ogo 2017
2 ulasan
Sumber



Masih ramai di antara kita tidak faham dan tidak mengetahui cara yang betul tentang Sijil Faraid atau Surat Akuan Bersumpah tidak mencukupi untuk menguruskan daftar turun milik harta pusaka kepada waris.

Sedikit perkongsian cara yang betul tentang pendaftaran turun milik harta pusaka kepada waris daripada Salkukhairi Abd Sukor, Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).

1. Ramai orang ingat, apabila sudah dapat perintah atau sijil faraid daripada Mahkamah Syariah atau ada surat akuan persetujuan pembahagian harta pusaka secara sama rata, atau ada surat cara wasiat dan sebagainya, maka urusan turun milik nama si mati dalam geran kepada nama waris boleh terus didaftarkan di Pejabat Tanah.

2. Sebenarnya TIDAK. Pentadbir Tanah/ Pendaftar Hakmilik pejabat tanah tidak mempunyai bidang kuasa untuk TERUS MENDAFTARKAN turun milik kepada nama waris si mati walaupun waris-waris telah mengemukakan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah.

3. Ini kerana Perintah/Sijil Faraid tersebut hanya sekadar mengesahkan bahagian waris masing masing terhadap harta pusaka tersebut mengikut hukum faraid sahaja bukannya satu perintah yang mengikat Pentadbir Tanah/ Pendaftar Hakmilik pejabat tanah.

4. Begitu juga, walaupun katakan semua waris setuju untuk membahagikan harta pusaka simati secara sama rata, persetujuan tersebut tidak mencukupi untuk membolehkan pejabat tanah terus mendaftarkan turun milik kepada nama waris-waris yang dipersetujui, walaupun mereka buat perjanjian bertulis di hadapan peguam atau buat surat akuan bersumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah, dan walaupun mereka mendapatkan perintah pengesahan daripada Mahkamah Syariah sekalipun.

5. Jadi, apa yang patut waris-waris lakukan adalah, setelah mereka mendapatkan perintah/sijil faraid tersebut daripada Mahkamah Syariah atau setelah mereka menandatangani sebarang surat cara persetujuan sesama mereka, mereka perlu memfailkan permohonan untuk mendapatkan PERINTAH PEMBAHAGIAN PUSAKA atau SURAT KUASA MENTADBIR daripada Pejabat Pusaka Kecil (untuk hartanah yang bernilai bawah RM2 Juta) atau daripada Mahkamah Tinggi (untuk hartanah yang bernilai atas RM2 Juta).

6. Hanya dengan PERINTAH PEMBAHAGIAN atau SURAT KUASA MENTADBIR SAHAJA, Pejabat Tanah boleh mendaftarkan turun milik kepada nama waris atau pentadbir harta pusaka si mati.

7. Perkara ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 346 (1)&(2) dan Seksyen 348 (1) Kanun Tanah Negara.

Harap maklum dan sila war-warkan supaya masyarakat faham tentang perkara ini.

(Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pekeliling yang di keluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, bil 7/2017 sebagaimana lampiran).

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "