Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahkamah Arahkan LHDN Failkan Petisyen Pemiutang, Bagi Teruskan Proses Prosiding Ke Atas Shaheizy Sam

28 Ogo 2017
2 ulasan

Pelakon Shaheizy Sam telah muncul didada akhbar dengan notis bankrap pada 26 Mei lalu. Dia diburu oleh LHDN berikutan gagal melunaskan tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM 300,000.

Hari ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas Shaheizy Sam Abd Samad, 34, yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sehingga 15 Februari tahun depan.

Menurut peguam LHDN, Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar berkata, tarikh telah ditetapkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Siti Surieyati Mohamed Yusoff.

“Mahkamah telah mengarahkan pihak LHDN untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy."

"Setelah petisyen pemiutang difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi pendengaran kes ini,” katanya.

Shaheizy Sam telah diwakili peguam Syafinah Taib pada prosiding hari ini.

Tindakan LHDN mengiklankan notis kebankrapan pelakon Shaheizy Sam dalam akhbar adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim berkata, notis itu diterbitkan selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainya.

Shaheizy Sam mendakwa beliau belum mendapat sebarang notis amaran mengenai isu ini. Berikutan kenyataannya kepada media sebelum ini mengaku tidak tahu status dirinya diisytihar muflis.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "