Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Tetapi Macam Wanita - Lihat Kesan Makan Makanan Segera Terlalu Banyak Kepada Lelaki Ini

26 Ogo 2017

Bermula kira-kira enam tahun lalu, remaja lelaki berasal dari China ini telah menghidapi masalah kesihatan yang amat membingungkan. Malah, ibu bapa remaja lelaki berusia 19 tahun ini juga runsing memikirkan keanehan yang terjadi kepada tubuh anak mereka.

Xiao Yang, adalah seorang lelaki normal namun tanpa disangka-sangka telah mengalami tumbesaran buah dada yang tidak normal. Buah dadanya kini membesar menyerupai buah dada wanita!

Dalam tempoh enam tahun, Yang hampir kehilangan sifat “kejantanannya” apabila buah dada di sebelah kanan membesar. Yang tertekan dan merasa malu apatah lagi kini dia sudah meningkat dewasa dan perlu bergaul dengan orang ramai.

“Saya selalu diejek ketika berada di sekolah terutama jika terpaksa membuka baju semasa mandi di kolam renang,” ujar Yang.

Yang mula menyedari kelainan pada buah dada kanannya berbanding daripada di sebelah kiri sejak dia berusia 13 tahun lagi.

Kelenjar susu membesar

Yang kemudiannya berkongsi masalah ini bersama ibu bapanya. Ibu bapanya yang bimbang kemudian membawa Yang ke hospital untuk tujuan pemeriksaan.

Namun Yang sekeluarga merasa hampa apabila doktor yang membuat pemeriksaan gagal menemukan jawapan. Mereka kemudiannya disarankan untuk menjalani pemeriksaan di hospital berbeza dengan harapan ada seseorang yang dapat memberikan jawapan kepada mereka.

Sebuah akhbar tempatan telah melaporkan bahawa selepas gagal mendapatkan keputusan daripada beberapa buah hospital, remaja yang berasal dari daerah Cangnan di Wilayah Zhijiang kemudiannya dirujuk ke Hospital Pusat Wenzhou Julai lalu.

Dr. Pan Zhongliang, pakar yang mengendalikan kes Yang akhirnya berjaya menemui jawapan kepada masalah yang dihadapi remaja ini.

Hasil penilitian melalu kaedah yang dikenali B-scan Ultrasonography, Zhongliang mendapati kelenjar susu Yang telah membesar dan saiznya menjadi tidak normal bagi seseorang lelaki. Tambahnya lagi, keadaan itu terjadi akibat ketidakseimbangan hormon yang dikenali sebagai ginekomastia. Ianya menyebabkan perkembangan kelenjar susu berlebihan pada lelaki.

“Ginekomastia merupakan satu kea­daan yang dipengaruhi oleh hormon seseorang hingga menyebabkan kelenjar susu mereka membesar sama ada sebelah atau kedua-duanya sekali,” kata Zhongliang.

Remaja ini telah mendapat sinar kehidupan normalnya kembali apabila pembedahan dipanggil mastectomy telah dilakukan setelah masalah itu berjaya dikenal pasti. Pembedah ini  dilakukan bagi mengecilkan saiz buah dadanya selain membentuk buah dada baru yang normal.

Akibat makanan segera

Melalui penelitian saintifik yang dilakukannya, Zhongliang mendapati bahawa masalah ini boleh berlaku kepada lelaki akibat tabiat pemakanan iaitu terlalu banyak makan makanan segera dan makanan yang diproses dengan bahan kimia tertentu.

“Saya percaya, tabiat mengambil makanan segera menyumbang faktor utama terhadap masalah ginekomastia terhadap golongan lelaki,” jelas Zhongliang.

Dr Pan juga mencadangkan kepada golongan lelaki agar tidak terlalu kerap memakan ayam goreng, kacang soya dan makanan geletin

Namun, bagi pesakit tersebut yang menjalani pembedahan mastectomy, doktor memberi jaminan bahawa masalah yang sama tidak akan berulang lagi kepada pesakit.

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "