Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Yang Kuat Gaduh Tu Patut Hantar Pergi Palestin Bagus," Komen Dato Siti Nurhaliza Buat Exco Pemuda UMNO 'Berang'

27 Jul 2017
2 ulasan

Sejak beberapa hari lalu telah tersebar beberapa rakaman video kekecohan yang berlaku di PWTC selepas berlaku perbungan antara Pemuda UMNO dengan Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada).

Pertembungan itu berlaku selepas dikatakan Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) mahu menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Berikut adalah rakaman video daripada kedua-dua belah pihak.

Dari sebelah Armada


Dari sebelah Pemuda UMNO


Kekecohan itu menarik perhatian penyanyi Yasin Sulaiman untuk memuatnaik berita mengenai kejadian itu di laman Instagram miliknya.

Gambar itu telah menarik perhatian Dato Siti Nurhaliza apabila dia menurunkan komen berbunyi "yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestin baguih."


Kerana komen itu, Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah dilihat sedikit berang dengan kenyataan kenyataan Dato Siti itu apabila beliau telah membalas kenyataan itu dengan satu pertanyaan kepada penyanyi nombor satu negara berkenaan.

"Cuba tanya bila Datuk K nak ke GAZA Palestin," tanya Armand kepada Dato Siti.

Menurut beliau, pertanyaan itu ditujukan kepada Siti Nurhaliza yang mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergi ke Palestin.

"Untuk maklumat Siti Nurhaliza Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Palestin," tulis beliau lagi.

Armand dalam pada itu telah memuatnaik gambar-gambar dan video berdurasi 3 minit 54 saat bukti Pemuda UMNO sudah ke Gaza Palestin dalam misi menghulurkan bantuan.



Hasil carian, Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) telah pegi ke Palestin pada 16 Februari lalu.




Kunjungan Siti Nurhaliza ke sana merealisasikan hasrat dan keinginan yang sudah lama beliau pendam untuk melawat bumi Anbiya ini iaitu memenuhi keinginannya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam

  2. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "