Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Makan Sepotong Tak Puas, Ni Resepi Macam Mana Nak Buat Kek Keju Jepun, Lagi Gebu & Lembut

27 Jul 2017
2 ulasan

Bila bercerita bab makan, siapa sahaja yang tak suka, lagi-lagi jika makanan tersebut sukar untuk didapati di negara ini, dan kalau ada ianya agak mahal. Tapi, ia juga secara tidak langsung membuatkan kita dapat menikmati makanan tersebut, tanpa perlu pergi ke negara tersebut.

BACA: Tiada Kuali Khas Untuk Takoyaki, Tiada Masalah, Guna Acuan Kuih Cara Pun Boleh, Sama Sahaja Caranya, Ini Resepi Buat Takoyaki

Dalam beberapa bulan ini, tular juga di media sosial akan satu pencuci mulut, yang mana jadi kegilaan orang ramai memperkatakan mengenainya.

‘Kek keju Jepun’ yang mana bila dilihat dari luaran dan bentuknya sahaja, dapat dirasai kegebuan kek tersebut, dan lembutnya bila dimakan.

Tapi, kalau dapat membuat sendiri kek ini, sudah pasti lagi memuaskan, dapat makan sepuas hati. Disebabkan itu, Khairul Hakimin Muhammad yang mana sering berkongsi resepi masakan di FB miliknya, telah kongsikan resepi macam mana nak buat kek keju Jepun ini.

Jom kita tengok cara-caranya.

Kek Keju Jepun

Punya ramai tanya resipi kek keju Jepun yang duk viral beberapa bulan ini. Kata depa nak buat sendiri sahaja, makan di kedai tak puas. Kahkah. Entah ya tidak. Tak apa, demi memuaskan hati kakak-kakak yang selalu PM, abang sediakan resipi ini okeh.

Senang sangat. Kau boleh buat sambil membasuh baju, melipat kain serta menggosok tudung mahal kau. Kahkah. Okeh mari kita sediakan bahan.

Kek Keju Jepun (Bakar). Kalau kukus tak tahu. Kau cubalah sendiri.

(Panaskan oven selama 20 minit dengan suhu 200).

Bahan-bahannya ialah:

200gm krim keju (cream cheese),
3 keping keju slice,
85gm tepung gandum,
85gm gula halus,
6 biji kuning telur, gred A.
6 biji putih telur, gred A.
200ml susu segar,
1 sudu kecil Frazyme (ini wajib), nanti abang ceritakan.
1 sudu besar tepung jagung.
2 sudu besar butter.

Cara-caranya kau tengok dalam gambar ya!

#ResipiKhairulHakiminMuhammad

1. Masukkan susu segar dan keju slice ke dalam periuk, gunakan api kecil dan kacau sampai keju tersebut mencair seperti kau punya make up.


2. Sambil itu, pukul gula dengan putih telur sampai dia bertanduk. Kalau kau tak larat guna whisk, guna tangan laki kau. Kalau masih belum gagah, pakai jelah mixer, kahkah.


3. Apabila keju dah mencair, masukkan butter, kacau lagi sampai dia sebati.


4. Dalam mangkuk hijau yang lain, pukul kuning telur sampai kembang seperti abang yang 11 tahun kahwin. Haha.


5. Masukkan Frazyme ke dalam tepung gandum. Kemudian ayak. Ha kau mesti tertanya-tanya apa benda itu Frazyme. Ia adalah produk terkini yang boleh gantikan baking powder. Ia menggebukan kek okeh! Semua kek kalau kau guna yang ini, dia punya gebu ya ampun sedaaaap.


Yang bestnya guna menda ini ialah ia dibuat dari minyak. Bukan bahan kimia sintetik. Jadi selamatlah.


6. Dah siap ayak, baru masukkan tepung jagung, baru ayak sekali lagi.


7. Ha dah semua mencair, masukkan krim cheese pula. Kacau lagi.


8. Kemudian masukkan kuning telur. Kacau jangan berhenti.


9. Dah lawa begitu, tutup api. Kacau lagi ya.


10. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.


11. Ia akan jadi pekat begini.


12. Kemudian barulah masukkan putih telur yang dah jadi meringue tadi. Masukkan sikit-sikit juga sampai habis.


13. Ya begini. Kacau rata yaaa.


14. Ha akan dapat adunannya begini.


15. Griskan loyang dengan marjerin dan tepung.


16. Masukkan adunan.


17. Kemudian bakar. Suhu 150, selama 50 minit. Api atas bawah depan belakang. Kipas kalau ada pasang, tak ada tak apa. Ingat, oven kena panaskan dulu ya 20 minit.

Ha ada 50 minit nak lipat baju, basuh baju laki kau dan gosok tudung. Kan?


Oh lupa, sepatutnya bakar ni elok guna teknik water bath. Ala yang guna dulang ada air itu. Tapinya abang malas kali ini. Kahkah lupa sebenarnya.

Kek akan jadi lebih lembut jika guna teknik itu yaa!


Tadaaaa! Dah siap kau keluarkanlah.


Dah sejuk sikit, kasi potong sama diaaa! Sedaaaap!

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam

  2. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "