Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guru Ulang Alik 135KM Redah Jalan Lumpur Ajar Anak Orang Asli Bakal Terima “Scrambler” Hasil Sumbangan Orang Ramai

6 Jul 2017
4 ulasan

Sebelum ini tular sekeping gambar seorang guru di Pahang yang terpaksa berulang alik sejauh 135 kilometer setiap hari meredah hutan dan jalan becak untuk mengajar anak-anak murid orang asli di sebuah sekolah di kawasan pedalaman.

Kerana kisahnya itu yang tular, sebanyak RM12,000 telah berjaya dikumpul dalam sebulan hasil bantuan orang ramai untuk diserahkan kepada Ahmad Saidin Mohd Idris agar dapat membeli motosikal baru yang lebih selesa dengan keadaan perjalanan sehariannya itu.

“Kami bertuah semuanya berjalan lancar,” kata  Hazim Nordin yang merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan tabung dana bantuan berkenaan.

Mendapat perhatian warga internet, orang ramai mula menderma supaya beliau dapat membeli motosikal “Scrambler” bagi memudahkan perjalanannya seharian ke sekolah.

Ahmad Saidin, 40, dilaporkan terpaksa berulang-alik dari Kuala Medang, Lipis di Pahang, melalui jalan berlumpur dan berbukit demi mendidik anak-anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Lenjang.

SK Lenjang di Lipis, Pahang mempunyai murid seramai 456 dari 17 penempatan Orang Asli, di mana untuk ke sekolah berkenaan dia perlu mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan melalui jalan pembalakan yang berbukit.

Bapa kepada dua orang anak yang masih kecil itu memberitahu yang dia tidak tinggal di kuarters yang disediakan berhampiran sekolah kerana perlu menjaga keluarganya menyebabkan dia memilih berulang alik merentasi jalan balak di kawasan bukit bukau. - Siakapkeli.my

Sumber: Malay Mail Online.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam
  2. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino
    hanya dengan 1userid sudah bisa mencoba semua games lo

    BalasPadam

  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam
  4. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "