Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis Lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Diberi Penghormatan Reka Aksesori Motosikal Terkenal Itali Iaitu GIVI

28 Jul 2017
2 ulasan

Rozaida Ahmad Zaki, 31, seorang pelajar lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi penghormatan bagi merekacipta aksesori motorsikal terkemuka GIVI dari Itali bagi pasaran tempatan.

Rozaida, pelajar lulusan Rekabentuk Industri ini memberi kenyataan tentang produk terbaru yang direka beliau iaitu sebuah 'box' (boks) bersaiz kecil B32 Bold berkapasiti 32 liter dimana ianya bersesuaian untuk digunapakai motosikal berkapasiti rendah 250cc ke bawah.

"Rekaan boks ini ringkas namun ia amat sesuai untuk keperluan pengguna tempatan khasnya kepada pengguna yang mengguna motosikal berkuasa rendah untuk kegunaan harian mereka,"lapor Bernama.

Rekaan Rozaida terhadap boks B32 Bold ini memberi inspirasi gaya terbaru di dalam pembuatan produk terbaharu dengan menggunakan 'polypropylena' (PP) sebagai bahan komponen utama yang sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.

Gadis yang berasal dari Kuala Kangsar ini juga merupakan pereka utama bagi Givi Asia berkata beliau turut mereka bentuk beberapa komponen topi keledar, pelekat topi keledar, beg sisi dan sut hujan.

"Semua reka bentuk itu bersesuaian dengan cuaca serta cara penggunaan motosikal rakyat di negara ini," katanya.

Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata rekabentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk boks B32 Bold setelah kajian mendapati ia lebih diminati sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur dalam rekaan sebelumnya.

Beliau menyatakan GIVI mahu memberi pendedahan kepada pengguna motosikal berkuasa rendah tentang pentingnya keperluan boks kepada pengguna motorsikal terutama dalam kehidupan seharian mereka.

“Bila kita perhatikan, masih ramai menggunakan motosikal berkuasa rendah untuk aktiviti harian termasuk membeli-belah dengan mereka perlukan lebih banyak ruang selain faktor keselamatan,” akhirnya.
Sumber - BERNAMA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "