Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Azan Dah Berkumandang, Kalau Berhenti Solat Dulu Takut Kerja Tak Siap," Keputusan Yang Dibuat Lelaki Ini Buat Hati Sebak

29 Jul 2017
One Comment

Dalam kehidupan seharian ini, siapa saja yang tidak pernah sibuk, ada sahaja kerja yang perlu disiapkan dan dilakukan, kalau boleh nak ‘settle’ semua kerja awal, tak nak tangguh-tangguh.

Bila dah sampai ke tahap itu, tanpa sedar kita akan selalu menangguhkan perkara yang lebih penting dalam hidup, walaupun kita tetap akan lakukannya.

Menerusi perkongsian dari Salkukhairi Abd Sukor yang mana mempunyai masalah dalam memasuki satu sistem, dan walaupun dah cuba berulang kali masih tidak boleh, sehingga azan berkumandang.

Ia membuatkan dirinya serba salah, nak selesaikan kerja dulu, atau solat berjamaah?

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


CORETAN ASAR KU : NAK BERHENTI SOLAT ATAU TERUSKAN KERJA?

Jam menunjukkan pukul 4.35pm. 5 minit lagi nak masuk waktu Asar.

Aku masih lagi pening mencari solusi kenapa tak boleh log in system online document bank ni. Dah lebih 15 minit aku try and error. Tapi masih jugak gagal.

Tengah try and error tu terdengar suara bilal mengalunkan azan Asar dari surau berhampiran ofis ku.

Dalam hati aku kata, alamak macam mana ni? Nak berhenti buat kerja ni dan pergi solat berjamaah ke nak teruskan kerja je.

Kalau berhenti nanti bimbang lewat pulak settle kerja ni. Kalau teruskan saja, sayang pulak ter miss solat jamaah Asar kali ni.

"Alah, solat jamaah ni kan Sunat je. Lepas settle kerja nanti solat lah. Bukannya tinggal solat terus" Syaitan mula membisikkan di telinga kiri ku.

"Berhenti je lah. Sayang tinggal solat jamaah. Bukan lama pun. Nanti sambung lah balik kerja tu" seolah-olah ada suara lain pula yang membisik di sebelah telinga kanan ku.

Okey. Aku try sekali lagi. Kalau tak boleh jugak kali ni aku berhenti dan pergi solat. Bisik hati kecil ku.

Aku pun try sekali lagi. Ketika itu bilal baru sahaja selesai mengumandangkan azan.

"Alamak..nampaknya still tak boleh. Ahhh. Lantak lah. Aku dah tension" rungut aku di dalam hati.

Lantas kucapai kupiah di atas meja dan menuju keluar daripada ofis terus ke surau.

Sampai sahaja di surau, jamaah masih belum memulakan solat jamaah lagi. Sempatlah aku berwuduk dan lantas terus bersama-sama makmum yang lain mendirikan solat Asar berjamaah.

Alhamdulillah. Selesai solat dan berdoa aku terus balik ke ofis. Tidak terus ke meja, sebaliknya aku ke dapur bancuh secawan susu kambing suam.

Seteguk demi seteguk aku telan susu kambing suam tersebut.

Ahhh. .keenakan susu kambing suam sangat menenangkan diriku. Sambil sambil tu ku ambil 2 3 keping biskut tawar dan kucicahnya dalam susu kambing suam tersebut.

Krup krap Krup krap ku kunyah dan ku telan biskut tawar tersebut. Walaupun sekadar biskut tawar, tetapi disebabkan perut pun dah lapar dek kerana mengadap komputer dari tadi, nikmat dapat makan biskut tawar dengan susu kambing suam sangat mengembirakan aku.

Setelah itu aku kembali semula ke meja. Sejurus sahaja mengadap komputer aku seperti dapat idea untuk tekan satu butang ni iaitu butang turn off pop-up blocker.

Aku cuba klik butang tersebut. Dalam hati ku berbisik. Mungkin disebabkan ini kot aku tak dapat log in tadi.

Ok. Sekarang aku dah tekan off. Aku nak try semula log-in.

Dengan penuh suspen aku cuba sekali lagi. Bismillahirrahmanirrahi...

Syukur Alhamdulillah. Tak sangka. Kali ni aku dapat buka system tersebut. Tak sampai 2 minit pun aku mengadap komputer.

Sedangkan tadi aku dah duduk depan komputer hampir setengah jam.

Allah..tiba-tiba muncul perasaan sebak dalam hati. Rasa bersalah kerana buruk sangka dengan Allah .

Astaghfirullahl azim..Mungkin Allah nak tunjuk kepada ku hari ini yang kalau kita tunaikan kewajipan kita kepada Allah dengan penuh keikhlasan, insya Allah Allah akan permudahkan urusan kita. Antaranya termasuklah menunaikan solat fardu berjamaah di masjid. Inilah antara formula kejayaan orang Islam.

Masya Allah. Kalaulah aku teruskan kerja tadi, mungkin belum tentu aku dapat idea untuk tekan butang tersebut. Silap- silap sampai habis Asar aku mengadap menda alah tu. Tak selesai juga.

Betullah. Hidup kita ni bukan atas kehendak kita sebenarnya. Apa yang kita fikir tidak sama dengan apa yang telah Allah tentukan untuk kita.

Berkat kita tunaikan kewajipan kita kepada Allah, Allah terus balas satu kebaikan untuk kita. Maha Suci Allah.

Maka janganlah kita rasa takut, rasa rugi, rasa susah, membazir, buang masa dan sebagainya untuk melaksanakan suruhan Allah.

Kerana yakinlah pasti akan ada hikmah dan balasan terhadap setiap kebaikan yang kita lakukan itu. Tidak dapat di dunia sudah pasti akan dapat balasan yang berlipat kali ganda di akhirat.

Dan lakukan lah sesuatu kerja kita dengan tenang dan selalu ingat kepada-Nya.

Insya Allah bila kita sentiasa tenang kerja yang kita lakukan terasa amat ringan sekali. Tiada apa yang perlu kita risaukan tentang kerja kita jika kita selalu anggap kerja itu satu ibadah.

Hari ini ramai orang yang stress dengan kerja. Mereka kerja dengan penuh tertekan. Buat ini tak betul. Buat itu tak kena.

Mungkin silap kita adalah semasa kita buat kerja kita seolah-olah melupakan Allah.

Kita anggap diri kita ni kuat. Mampu lakukan apa yang kita hendak dan kita rancang. Tetapi hakikatnya diri kita ini terlalu lemah.

Allah lah jua yang boleh memudahkan urusan kita dan Allah lah jua yang mampu "menyusahkan" kita. Bukan untuk menekan hamba-hamba-Nya tetapi sekadar untuk menguji keimanan dan kesabaran hamba-hamba-Nya.

Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan yakin kepada-Nya dalam kehidupan harian kita.

Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah. Hamba-Mu yang selalu lalai dan lupa ini.

Sekian coretan ku.

Aku hamba yang lemah,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Kuantan, Pahang

- Siakap Keli

BACA: Dah Usaha Lebih 30 Minit Pintu Dapur Masih Tak Boleh Buka, Wanita Ini Cuba Cara Bertawasul Dengan Harapan Usahanya Dipermudahkan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "