Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aliff Aziz Ditahan Polis Selepas Di Dakwa Cederakan Isteri Dalam Pantang

28 Jul 2017
3 ulasan

Penyanyi dan pelakon terkenal Aliff Aziz ditahan polis atas tuduhan mencederakan isterinya, Bella Astillah yang baru sahaja melahirkan bayi sulung mereka kira-kira 20 hari lalu.

Artis yang berasal dari Singapura itu dilaporkan telah memukul isterinya yang masih dalam pantang setelah berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Isterinya, Bella, 23, telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas mendakwa dia dipukul oleh Aliff,26 dan menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka dan lutut.


Jurucakap polis menjelaskan, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya dan mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya untuk dijadikan bukti.

“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.

“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,”ujarnya.

Sejurus selepas memadamkan semua gambar itu,  Aliff dikatakan mencampak telefon bimbit tersebut ke muka Bella yang mengakibatkan Bella mengalami luka di bahagian muka dan lutut.

Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd.Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Sumber- Utusan Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "