Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Syarikat Pengendali Kren Mementingkan Bayaran Tidak Mahu Beri Kerjasama Antara Punca Operasi Mengeluarkan Mangsa Sukar

12 Jun 2017
6 ulasan

BANDAR SERI JEMPOL: Pihak pasukan Bomba dan penyelamat Malaysia dilaporkan terpaksa mengambil masa sehingga lima jam untuk mengeluarkan enam mangsa yang rentung dari sebuah kereta yang remuk selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, semalam, lapor Berita Harian.

Kesukaran berkenaan terjadi selepas pemilik treler dari Kemayan berkenaan yang enggan memberikan bekerjasama serta beberapa pengendali kren dilaporkan tidak mahu memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.

Keadaan ini menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan pelbagai cara lain sendiri untuk mengalihkan treler berkenaan yang menghempap Proton Exora mangsa, di mana mereka terpaksa mencuba khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.

Kerana situasi ini menyebabkan operasi menyelamat yang bermula jam 2.45 petang hanya berakhir kira-kira jam 8 malam tadi, selepas pasukan itu mendapat bantuan trak tunda dari Bahau.


Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazren Mohd Zahar menyifatkan operasi itu amat mencabar kerana tidak mendapat kerjasama pemilik lori.

Menurut beliau pihak bomba dan polis telah cuba menghubungi pihak pemilik lori namun talian telefon dimatikan.

"Beberapa syarikat kren yang dihubungi oleh individu lain (towing) bagi meminta bantuan pula tidak mahu bekerjasama kerana mementingkan bayaran semata-mata. 

"Sebaliknya, orang ramailah yang banyak membantu kami, termasuk meminta pertolongan rakan pemandu lain untuk menarik kepala treler yang menindih Proton Exora berkenaan," katanya.

Beliau dalam pada itu telah melahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai kerana sudi membantu dengan menyediakan minuman, kurma dan roti sebagai juadah berbuka puasa kepada anggota pasukan itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Ayo buruan daftar disini ya f*a*n*s*b*e*t*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. gabung di dewalotto sekarang juga y..
    banyak permainan seru..

    BalasPadam
  4. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam
  5. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam
  6. ion_qq game online poker terbaik pin bb : 58ab14f5

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "