Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Telefon Pintar Bernama Jelly Ini Merupakan Telefon Pintar 4G Paling Kecil Dengan Sistem Android 7.0

4 Mei 2017

Artikel ditulis oleh: Wiser.my | FB Wiser

Saban hari kita dapat lihat banyak telefon pintar masing-masing tampil dengan saiz yang gedabak. Namun tidak semua pengguna sukakan telefon yang besar. Pertama, ianya sukar untuk digunakan sebelah tangan. Kedua, tak muat masuk poket.

Oleh kerana itu, syarikat pembuat telefon, Unihertz yang berpangkalan di Shanghai dengan pengalaman 10 tahun dalam industri tampil dengan telefon bersaiz kecil. Ianya dinamakan Jelly, hanya memiliki saiz 2.45 inci. Saing-saing dengan Nokia 3310.


Sebenarnya terdapat banyak telefon sebesar ini di pasaran tetapi Jelly merupakan peranti bersaiz kecil dengan keupayaan sambungan 4G bersama Android Nougat 7.0 pada ketika ini. Ini lah yang membuatkan peranti ini sangat istemewa.

Lihat sahaja pada ukuran 92.3 X 43 X 13.3 mm yang sangat kecil ini. Mempunyai berat hanya 60.4 gram bersama bateri manakala resolusi pada 240 X 320 pixel.

Model Jelly ini hadir dengan dua variasi iaitu Jelly dan Jelly Pro. Jelly dimuatkan dengan RAM 1GB dan 16GB storan manakala Jelly Pro pula dengan RAM 2GB dan 32GB storan. Kedua-duanya mempunyai cip pemprosesan pada 1.1GHz. Sudah memadai untuk tugas asas harian.

Peranti ini dibina bersama kamera depan 2MP dan kamera utama 8MP. Yang menariknya, untik peranti kecil seperti ini, pengguna disediakan dua slot kad SIM. Ianya juga mempunyai sambungan 4G LTE, 802.11 a/b/g/n 2.4GHz/5Ghz WiFi, Bluetooth 4.0, GPS, G-Sensor, Compass dan Gyroscope. Saiz bateri pula adalah 950mAh

Lihat dibawah untuk spesifikasi penuh Jelly dan Jelly Pro.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo bergabung dengan kami di DEWAPK dan menangkan hadiah nyata nya hanya dengan modal 10rb saja loh silahkan mencoba ya.. pin bb D87604A1

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam

  3. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino
    hanya dengan 1userid sudah bisa mencoba semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "