Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebut "Fattah Amin Ya Rabbal Alamin" Dalam Gema Gegar Vaganza, Fikry Jelaskan Ia Tidak Niat Aibkan Mana-Mana Pihak

24 Mei 2017
3 ulasan

Jika sebelum ini pengacara program hiburan Lawak Tak Sentral dikecam kerana mempersendakan nama bapa Watson Nyambek, nampaknya terbaru pelawak Fikry (Lawak Solo) pula terpalit isu sama, lapor mStar Online.

Nama Fikry menjadi sebutan kini selepas pengacara program Gema Gegar Vanganza (GGV) Ahad lalu itu telah dituduh telah mempermainakan nama bapa kepada pelakon Fattah Amin dan dramatis Diana Amir.

Bagaimanapun, Fikry atau Fikry Ahmad Ibrahim, 23, dalam satu temubual menjelaskan perkara tersebut sebagai tidak mengaibkan mana-mana pihak dan turut mohon maaf jika tindakannya menjejaskan sensitiviti masyarakat.

"Bagi saya perkara itu tidak mengaibkan mana-mana pihak, saya ada sebut Fattah Amin Ya Rabbal Alamin, ia membawa maksud yang baik dan sesuai dengan program GGV yang lebih Islamik.

"Selain itu, Diana Amir pula saya fokus kepada Amir yang selalu digelar "Amir reka".

"Mungkin orang lain salah faham dan ada pandangan masing-masing," katanya.

Beliau dalam pada itu melahirkan rasa terkejut apabila pertama kali dalam kariernya dihujani dengan mesej kecaman netizen yang tidak berpuas hati terhadapnya.

Kata Fikry, ibunya di kampung turut menghubungi dan bertanya lanjut tentang apa yang terjadi.

"Saya terkejut apabila ia menjadi viral dan netizen menghentam saya bertubi-tubi di laman sosial.

"Malah ibu saya yang tiada laman sosial pun menelefon bertanyakan perkara sama.

"Lawak Fattah Amin itu saya pernah bawa ketika  pertandingan Lawak Solo dulu dan tidak pun menjadi isu. Mungkin kerana isu Watson Nyambek menjadikan saya turut terkena tempiasnya," ujar Fikry.

Beliau dalam pada itu berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap lawak disampaikan selepas ini bagi menjaga sensetiviti masyarakat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. dewalotto^org
    Dengan Pelayanan Terbaik ( Customer Service ) .
    Customer Service Online 24 Jam .
    Infomasi Lengkap Kunjungi : DEWALOTTO

    BalasPadam
  2. Gabung Di Sini Bersama Kami Di kelinci99.com Dapatkan Freechip 5000 Setiap Hari NYa.....

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "