Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kehadiran Aiman Tino, Elfira Loy Berjaya Meriahkan Karnival ONE SSM 2017, Buka Peluang Seluasnya Kepada Perniaga Online

25 Mei 2017
8 ulasan

Sebelum ini kami pernah kongsikan rahsia untuk memastikan perniagaan atas talian secara berkesan dibimbing oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Nampaknya hampir semua peserta yang menyertai kursus berkenaan telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka dengan ilmu yang betul yang telah turunkan oleh pihak SSM.

BACA: Ramai Orang Berniaga Gagal Kerana Tiada Ilmu, Bagaimana Hendak Cari Ilmu Berniaga Berkesan? Jom Ikut Kami

Namun, semuanya tidak terhenti di situ saja, terbaru pihak telah menganjurkan Karnival Online Networking Entreprenuers (ONE) SSM 2017 pada 19 Mei 2017 sehingga 21 Mei 2017 bertempat di Mydin Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Karnival ONE SSM 2017 merupakan rentetan daripada penganjuran sulung Karnival ONE pada 4-5 Jun 2015 bertempat di pusat membeli belah The Curve, Mutiara Damansara.

Selain itu SSM telah memulakan siri jelajah Karnival ONE seterusnya di Pasir Gudang, Johor pada 2-3 Oktober 2015, Kuching, Sarawak pada 13-15 November 2015, Shah Alam, Selangor pada 22-24 Januari 2016, Kuching, Sarawak Siri ke-2 pada 25-27 Mac 2016 dan Kota Kinabalu, Sabah pada 21-22 Mei 2016, Alor Setar, Kedah pada 7-8 Oktober 2016, 3-4 Disember 2016 di Medan Mara, Kuala Lumpur dan 31 April-1 April 2017 di Angsana Mall Johor Bahru.

Tujuan utama karnival ini diadakan untuk membantu golongan usahawan terutamanya yang berniaga secara online mengembangkan perniagaan mereka.




Apa yang menarik karnival tiga hari ini telah dipenuhi dengan taklimat ikon, khidmat nasihat, pameran, gerai jualan, demo produk usahawan, taklimat produk dan perkhidmatan, pertandingan Entrepreneur Hunt serta pelbagai aktiviti keusahawanan bersama dengan peniaga online dan selebriti.

Yang paling mendapat sambutan tentulah kehadiran artis terkenal yang terlibat menghiburkan pengunjung seperti Sufian Suhaimi, Elfira Loy, A. Rozaini dan Aiman Tino.





Turut hadir adalah YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, dan YBhg. Kevin Lee Fong Siang, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia

Karnival ONE SSM 2017 turut menarik perhatian YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin di mana beliau telah memuatnaik tentang kernival ini ke laman Facebook miliknya.


Apa yang menarik pihak SSM kali ini tampil dengan lebih serius membantu usahawan atas talian di mana mereka kini membuka peluang kepada usahawan atas talian mereka menggunakan portal beli belah atas talian terbesar di Malaysia, Lazada sebagai platform baru paling berkesan untuk berniaga atas talian.

Apabila menggunakan platform Lazada, peniaga tidak lagi perlu untuk mempromosi barangan mereka sebaliknya ia akan dilihat sendiri oleh pembeli online.


Turut berlangsung pada hari ini adalah memorandum persefahaman (MOU) diantara SSM dengan Lazada Malaysia.

Dengan perjanjian ini beberapa faedah dapat dinikmati antaranya kepentingan para peniaga online yang semakin hangat di Malaysia dan dapat merangsang perkembangan ekonomi pasaran eDagang.

Dengan perjanjian ini juga pihak Lazada akan menawarkan latihan secara percuma di mana ia akan memberi peluang kepada para peniaga online dalam memperluaskan perniagaan mereka, disamping itu ia bakal memberi kesedaran di kalangan peniaga yang berdaftar di Lazada mengenai manfaat yang ditawarkan oleh SSM seperti Karnival ONE, Karnival Youngpreneurs, Go! (SSM YPGO), Skim 1 Pelajar 1 Pendaftaran Perniagaan (S1P1P)


Pakej Lazada tersebut menawarkan pengiklanan dan akses secara percuma kepada jurulatih bertaraf dunia seperti Alibaba, Tmall dan Lazada boleh memanfaatkan para peniaga untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan mengenai dunia e-dagang.

Jika perniaga berkenaan berdaftar dengan pihak SSM, diskaun 50% kepada lazada akan diberikan, jika jualan produk melebihi 150 produk jualan, peniaga akan dapat sebulan komisen percuma, 350 jualan ke atas peniaga akan meningmati dua bilah komisen percuma dan 350 produk jualan ke atas peniaga akan menikmati 3 bulan komisen percuma.

Skim 1 Pelajar 1 Pendaftaran Perniagaan


Berita baik untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S), berkuatkuasa 1 Januari 2017, merka yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran.

Memetik tulisan di laman web SSM, geran sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan oleh SSM sebagai inisiatif kepada pelajar yang meminati bidang perniagaan di mana ia akan dibahagikan sebanyak 1 juta setiap tahun bagi tempoh 10 tahun.

Melalui geran tersebut setiap pelajar yang memohon hanya layak sekali sahaja mendaftarkan perniagaan sama ada di bawah milikan tunggal (nama perniagaan menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan atau nama tred) ataupun perniagaan perkongsian menggunakan nama tred untuk tempoh satu tahun sahaja.

Tanpa geran yang diberikan ini, golongan pelajar berkenaan wajib membayar fi pendaftaran perniagaan seperti orang lain.

Syarat Skim 1 Pelajar 1 Pendaftaran Perniagaan pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, mereka yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara.

Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini.

Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja).

Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.

Klik SINI untuk maklumat lebih lanjut atau hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 8 ulasan )
  1. Ingin Bermain Togel Online ?
    Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?
    disinilah tempatnya di dewalotto*org
    tunggu apa lagi daftarkan diri anda secepatnya

    BalasPadam
  2. Gabung Di Sini Bersama Kami Di kelinci99.com Dapatkan Freechip 5000 Setiap Hari NYa.....

    BalasPadam
  3. Anda Menang Kami Senang yuk silahkan bermain bersama kami di DEWAPK permainan poker terbesar pin bb D87604A1

    BalasPadam

  4. Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4... ada CS ANGELNA yang cantik... dan di coba bergabung di kelinci99.com ^^

    BalasPadam
  5. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini

    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandar
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

  6. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam


  7. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  8. SWIN1688 MERDEKA PROMOTION LUCKY DRAW
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    Wechat / whatsapp
    014-322-7846
    Swin1688.blogspot.com

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    https://www.youtube.com/watch?v=X-fEVbqIgJY

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "