Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Caj Rawatan Pergigian Pesakit Luar Kekal Pada Kadar Sedia Ada - KKM

2 Feb 2017


Putrajaya, 2 Feb: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan caj rawatan pergigian bagi pesakit luar masih lagi kekal pada kadar sedia ada iaitu RM1 dan RM2.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, biarpun ada keperluan kenaikan kos untuk prosedur rawatan sedia ada, kerajaan terus komited memberi subsidi tinggi bagi rakyat termasuk rawatan pesakit luar.

"Walaupun sememangnya terdapat keperluan kenaikan caj bagi prosedur rawatan sediada, Kerajaan terus komited memberikan subsidi yang tinggi bagi rakyat termasuk rawatan pesakit luar. 

"Misalnya bagi penskaleran dan penggilapan gigi (scaling/cuci gigi), kos rawatan pesakit luar bersubsidi di KKM adalah RM55 (kadar caj prosedur 2017), namun pesakit luar yang diberi subsidi tinggi hanya perlu membayar RM2 sahaja. 

"Ini jelas menunjukkan bahawa kadar subsidi semasa sebenarnya telah bertambah berbanding dahulu (double subsidy)." tulisnya dalam satu kenyataan.

Menurut Noor Hisham lagi, senarai caj yang disenaraikan dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 bagi pesakit luar adalah untuk kegunaan pihak hospital dan klinik bagi tujuan pemakluman caj rawatan.

"Seperti yang diamalkan bagi bil di hospital untuk pesakit dalam (itemised billing), pesakit luar pergigian akan diberikan pemakluman caj rawatan di mana ianya akan menunjukkan kos sebenar rawatan yang disubsidi oleh Kerajaan. 

"Oleh itu, senarai caj yang disenaraikan dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 bagi pesakit luar adalah untuk kegunaan pihak hospital dan klinik bagi memudahkan pemakluman tersebut.

"Walau bagaimanapun, pesakit tetap hanya membayar harga yang disubsidi tinggi misalnya sekadar RM2 untuk penskaleran dan penggilapan gigi (scaling/cuci gigi), RM2 untuk tampalan gigi dan RM1 untuk cabutan gigi." tulisnya.

Tambah beliau lagi, pengecualian bayaran bagi golongan tertentu pula dikekalkan seperti sedia ada mengikut tatacara yang telah digariskan.

Sumber: KP Kesihatan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Alhamdulillah. Kerajaan memang sentiasa mendahulukan rakyat. X spt 2 kerajaan negeri tu..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "