Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kesan Gempa Bumi Sumatera: 'Komputer Saya Bergoyang, Malah Kawan Sebelah Saya Tuduh Saya Goyang Kerusinya' - Saksi

16 Jan 2017


Gempa sederhana bermagnitud 5.5 skala ritcher yang berlaku berhampiran Medan, Indonesia bukan sahaja dirasai oleh rakyat di negara itu, malah turut dirasai oleh orang ramai di Semenanjung Malaysia.

Di laman sosial, ramai pengguna melaporkan mereka menyangka hanya pening kepala sahaja apabila gegaran berlaku. Namun sangkaan mereka meleset apabila orang sekitar juga merasakan impak yang sama.

Malah, ada juga yang berkata pening akibat kesan gegaran itu masih dapat dirasai beberapa jam selepas insiden itu berlaku.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Amalina Ahmad berkata ketika kejadian, dia sedang bertugas di pejabatnya di Shah Alam.

Kata Amalina, dia terkejut apabila mendapati keadaan di sekelilingnya bergoyang seketika.

"Komputer saya bergoyang, malah kawan sebelah saya tuduh saya goyang kerusinya, kerana dia juga turut merasai detik cemas itu," katanya kepada Sinar Online.

Tambah Amalina lagi, dia turut merasa sedikit pening.

Di Penang pula, seorang suri rumah, Fatimah Abu Backer, 51, berkata ketika kejadian itu dia sedang menyediakan makan malam.

Secara tiba-tiba lampu dapurnya bergoyang.

"Pada mulanya saya berasa seperti mahu pitam, tetapi apabila suami memaklumkan turut merasai gegaran, baru kami sedar rumah bergoyang sedikit.

"Gegaran cuma berlaku kira-kira 30 saat dan kebanyakan penduduk dapat merasainya menyebabkan ada yang bertindak keluar dari rumah masing-masing," katanya yang menetap di pangsapuri di Jelutong.

Sumber: Twitter, BH OnlineSinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "