Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gempa Sumatera: Semua Pelajar Malaysia Selamat

17 Jan 2017


JAKARTA: Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat selepas gempa 5.6 magnitud yang berlaku di Medan, Sumatera Utara kira-kira jam 7.20 malam waktu tempatan.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Amizal Fadzli Rajali, gempa itu sememangnya dirasai kuat dan gegarannya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.

"Pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang kejadian buruk berlaku dan tiada bangunan yang rosak manakala para pelajar kita ketika dihubungi pula menyatakan mereka berada dalam keadaan tenang dan selamat," katanya.

Selain itu, media-media tempatan pula berkata orang ramai yang berada di pusat beli belah dan hotel bertingkat di Kota Medan bertempiaran lari keluar dari bagnunan.

Ada 1,100 orang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di beberapa buah universiti di Sumatera Utara.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "