Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Aku Tak Pernah Bersedih, Bagi Aku Rambut Aku Gugur Ini Seperti Gugurnya Dosa-Dosa Silamku," - Pesakit Kanser

23 Dis 2016
No Comment

Ramai orang tersalah anggap, ada yang berfikiran jika terkena kanser, peluang mereka untuk hidup sudah tamat, namun persepsi berkenaan adalah salah.

Ada pesakit kanser yang sembuh, penyakit ini boleh dirawat, namun mereka memerlukan sokongan yang kuat dan berterusan daripada orang sekeliling mereka.

Dikongsikan oleh seorang pesakit kanser, saudara Zaki Bijak, beliau yang menghidapi kanser Hodgkin Lymphoma tahap 3 ini sering memberi semangat kepada rakan-rakannya bahawa ''Kanser Bukanlah Tiket Untuk Mati''.

Jom kita baca luahan beliau dan rakan-rakan dalam 'group' CANCER FIGHTER MALAYSIA.

Majoriti orang berfikir setiap pesakit cancer akan gugur rambutnya sebab die pesakit cancer sebaliknya rambut itu gugur sebab pesakit itu melalui proses rawatan chemotrapy dan ramai juga pesakit rasa down n orang yang melihatnya rasa sangat simpati dengan apa yang menimpa pesakit...

Bagi aku pada satu ketika dulu rambut yang gugur seperti gugurnya dosa silamku... rialitinya aku tak pernah bersedih selepas aku tau aku sakit cancer n sejak dari itu banyak pekara baru aku lalui..

Ianya lebih hebat dari sebelum aku sakit dan hanya pesakit cancer ja yang dapat memahami perasaan orang yang sama sakit dengannya.. ianya ibarat dunia kami dan kamu telah terasing...

Tapi kami tak pernah mengasingkan dua dunia ini dunia orang sehat dan dunia orang sakit.. cuma kami akan rasa lebih selesa berkonsi cerita secara telus bersama dunia kami bila kami bersama teman seangkatan yang senasib dengan kami...

Kamu tidak pernah berada d tempat kami dan kamu tak mampu untuk memahami sejauh mana perjalanan sebenar kami maka kamu hanya bicara melalui teori yang sebenarnya ia tak sehebat manapon...

Ini semua merangkul dalam semua aspek emosi kehidupan dan juga perubatan... jangan berkata melebihi pengalaman dan pengetahuan kamu sedangkan kamu tak melalui apa yang kami lalui..

Adakalanya kamu semua membuat orang seperti kami lebih meluat untuk berbicara dengan kamu atas sebab silaturahim maka lebih ramai yang berdiam diri dari bertikam lidah...



Saat aku kehilangan teman seangkatan buat selamanya sebaik munkin aku akan menutupnya dengan meneruskan kehidupan seperti biasa..

Setiap insan yang mempunyai perasaan pasti akan merasa kesedihan itu namun ade kesedihan yang di zahirkn dan ada kesedihan yang disembunyikan..

Mereka baru kehilangan seorang mahupon 10 orang teman seangkatan tapi aku dah kehilangan beratus-ratus teman seangkatan dari sekecil usia sehingga selanjut usia, perbagai lapisan masyarakat dan profile..

Apakan daya semua ini sudah ketentuan Ilahi dan dari awal lagi aku dah bersedia untuk semua ini kerana semakin ramai aku berkawan mahupon bersahabat semakin banyak berita dan kabar duka aku terima namun bagi aku kehidupan ini tetap kena di teruskn kerana perjalanan ini belum barakhir..

Ade kalanya aku juga rasa terkilan kerna niat hati hendak menziarah belum sempat ziarah dia sudah mendahului aku.. itu sudah ketentuan Ilahi perangcangannyq tiada apa yang perlu d sangkal lagi.. kehidupan misti d teruskan...

Al-Fatihah buat semua yang telah pergi mendahului kita....

Kita sebagai masyarakat sekeliling perlulah memberi mereka ini semangat untuk terus melawan penyakit ini, ingat, #KanserBukanTiketUntukMati. - Siakapkeli.my

BACA: #KanserBukanTiketUntukMati, Pesakit Kanser Hodgkin Lymphoma Dari Pahang Ini Mahu Buktikan Dia Mampu Jelajah Satu Semenanjung Seperti Orang Biasa
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "