Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tips Berkesan Dari Seorang Ibu Buat Anak-Anaknya Hormat- Menghormati Antara Mereka Dan Dengar Kata

2 Ogo 2016
One Comment

Ramai antara kita mempunyai anak, ada mereka yang mempunyai anak ramai, ada antara mereka suka bergaduh, ada antara mereka memang tidak reti duduk dia, apapun itu adalah antara lumrah dan kebiasaan anak-anak kecil.

Tapi ramai ibu bapa diluar sana mancari cara untuk membuatkan anak-anak tidak jadi macam 'anjing dengan kucing', asal jumpa jer bergaduh.

Seorang ibu yang mempunyai ramai anak telah berkongsikan tips salah satu cara yang digunakannya untuk membuatkan anak-anaknya rapat, tidak bergaduh dan menghormati adik beradik yang lebih tua walaupun masik kecil.

Jom kita baca.


Saya faham, bila anak kita kecil-kecil.. kita letih kan?

Kita rasa ya Allah cepat lah besar budak-budak ni. Mama nak rehat Mama ni nak mandi pun tak sempat. Mama dah lama tak dapat makan dengan nikmat telan slow-slow. Asyik telan tak kunyah je nasik. Punya nak cepat nak suap anak lagi.

Cepatlah boleh makan sendiri. Cepatlah boleh main sendiri. Cepatlah boleh duduk sendiri. Cepat laaa cepat laaaaaaaa.. Jadi kita mempercepatkan mereka untuk “matang”. Lagi cepat makan sendiri lagi baik Mama tak payah tengok sangat. Mama tak payah suap.

Ada orang tanya saya.

Macam mana akak buat anak akak rapat, hormat dan memang dahulukan akak dari diri sendiri walaupun anak dah 10 tahun. Anak saya tak pernah cakap tak nak, nanti, tak boleh bila saya panggil. Anak yang akan berhenti dan bertanya terus walau saya hanya terbatuk! MashaaAllah..

SAYA SUAP MAKAN ANAK SAYA

Untuk tempoh yang lama walaupun orang berbunyi. Anak dah besar pun suap lagi. Anak nanti tak reti makan sendiri, anak nanti manja, anak nanti nanti nanti (hebat tok nujum sekeliling kita)

Saya buat tak tahu. Kenapa saya suap makan anak saya? Guna tangan saya dari pinggan yang sama untuk semua.

Bila kita suap makan, kita pandang mata, dia pandang kita, kita senyum, dia bahagia, dia nampak kita sanggup skip makanan masuk mulut kita untuk dia, dia tahu korban kita, dia tahu kita sayang dia. Dia tahu yang kita hargai dia dan dia berharga.

Dengan cara ini juga melatih anak bersabar, berkongsi, saling mengingati dan kukuhkan kasih sayang antara adik beradik.

PERCAYALAH.



Tak selamanya anak kita mahu di suap. Ambillah peluang masa anak masih ada masa pandang kita. Jangan nanti bila anak dah sibuk, baru kita terhegeh-hegeh meminta pandangan matanya. Walhal masa mereka memerlukan mata kita, kita terlalu sibuk nak “jauhkan” mereka dari kita.

Kepada ibu-ibu muda. Tak selamanya kamu akan lelah. Anak-anak akan membesar. Berlelah-lelahlah kamu untuk amanah Allah ini kerana tiada pengorbanan yang sia-sia di sisi Allah Maha ESA.

*tidak sokong, terpulang lah. Saya sedang melihat sendiri kesannya, semoga Allah jadikan anak-anak dan keturunan kita penyejuk mata dan hati kita… Amin* Fauzan N Siti

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. saya sokong puan.. biaq la apa org lain nak ckp tapi yg mendidik anak2 kita menjadi org adalah dari kita sendiri.. anak akan sentiasa besar dan dewasa tapi kenangan tu akan sentiasa membuatkan kita rasa gembira dan bangga :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "