Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

AirAsia, AirAsia X Tawar Tambang Serendah 59 Sen Sempena Hari Kemerdekaan ke-59

21 Ogo 2016

KUALA LUMPUR 21 Ogos - AirAsia dan AirAsia X menawarkan tambang promosi istimewa dari serendah 59 sen sehala ke pelbagai destinasi menerusi tempahan dalam talian mulai Isnin hingga 28 Ogos ini.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata, promosi itu bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-59 Malaysia.

"Tambang asas tidak termasuk cukai dan fi hanya daripada 59 sen sehala itu adalah bagi destinasi dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Siem Reap, Ho Chi Minh City dan lain-lain.

"Tambang promosi ke semua destinasi dalam rangkaian perkhidmatan AirAsia dan AirAsia X seperti Macao, Lombok, Kolkata, Tehran, Osaka, Shanghai dan tempat lain yang menarik, turut ditawarkan dalam tempoh promosi berkenaan," kata syarikat tersebut.

Menurutnya lagi, promosi itu akan tersedia untuk tempoh seminggu di airasia.com dan juga menerusi aplikasi mudah alih AirAsia, dimana penumpang boleh terus terbang, selain menikmati tempoh perjalanan yang lebih lama dari 23 Ogos ini hingga 9 Mac 2017. - Siakapkeli.my

Sumber : Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )


  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "