Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siaran Akhbar "Senarai Nama Ketua Kongsi Gelap di Malaysia" Adalah Palsu - Polis

29 Jul 2016
No Comment


KUALA LUMPUR 29 Julai - PDRM hari ini menafikan bahawa pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk "Senarai Nama Ketua Kongsi Gelap di Malaysia (Op Cantas 2016)".

Supt. Komunikasi Korporat Urus Setia, Ketua Polis Negara, PDRM Supt. N Venugopal berkata siaran akbar yang kononnya dikeluarkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad itu, adalah palsu.

"PDRM tidak pernah membuat sebarang makluman umum mengenai senarai sasaran mana-mana operasi yang hendak dijalankan.

"Tindakan tidak bertanggungjawab ini jelas dilakukan oleh pihak yang cuba menimbulkan kegelisahan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Venugopal menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat daripada sumber yang meragukan.

Sumber : Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "