Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Sahkan serangan Bom Tangan di Puchong Didalangi IS

4 Jul 2016


KUALA LUMPUR: Pihak polis mengesahkan serangan bom tangan di sebuah pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, Puchong di sini pada 28 Jun lalu didalangi oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata serangan itu dipercayai dilakukan atas arahan seorang ahli IS warga Malaysia yang kini berada di Syria, dikenali sebagai Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

"Kita sudah menahan dua lelaki yang disyaki mendalangi serangan itu dan sedang memburu dua lagi rakan mereka. "Kedua-dua mereka ditahan di Pelabuhan Klang pada 1 Julai lalu dan dua lagi rakan subahat mereka sudah dikenal pasti identitinya," katanya pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, polis juga telah menahan 15 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan IS di negara ini termasuk 2 anggota polis.

Menurut Khalid juga, tujuh suspek ditahan di Kedah, Selangor (4 orang), Kuala Lumpur (2 orang) dan masing-masing seorang di Melaka dan Pulau Pinang.



Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "