Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penceramah Bebas, Abang Long Fadhil Cedera Kemalangan

22 Jul 2016


Melaka, 22 Julai: Penceramah bebas, Muhammad Fadhil Husin, 29, atau lebih dikenali dengan nama Abang Long Fadhil cedera dalam di bahagian kepala dan tangan kira selepas Perodua Myvi yang dinaiki olehnya terbabit dalam kemalangan.

Harian Metro melaporkan, kereta Myvi yang dinaiki oleh Fadhil itu kemalangan dengan sebuah Proton Satria di Susur Masuk Plaza Tol Ayer Keroh dalam kejadian 2 pagi tadi.

Perodua Myvi sewa yang dipandu oleh rakannya yang dikenali sebagai Anas, 20-an, itu terbalik dan terserat di atas jalan selepa melanggar belakang Proton Satria yang terlibat. Anas cedera di lengan kanan.



"Kami dalam perjalanan dari Rawang ke Johor untuk menghadiri majlis keagamaan di Skudai, Johor.

"Saya berjaya keluar dari kereta melalui tingkap, hanya tiga kaca tertusuk di kepala, Alhamdulillah muka tidak apa-apa," katanya.

Fadhil juga bersyukur kerana ketika kejadian, ibunya tidak bersama mereka kerana mahu tinggal di rumah saudara di Rawang.

"Mujur Ibu saya tidak ikut sama, bagi saya semua ini sudah tertulis dan reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya. - Siakapkeli.my

 Kredit : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "