Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

China Tiada Hak Sejarah Terhadap Laut China Selatan - PCA

12 Jul 2016
No Comment

THE HAQUE - BELANDA . Mahkamah Tetap Timbangtara (PCA) di The Haque, Belanda, hari ini memutuskan bahawa China tidak hak sejarah terhadap Laut China Selatan.

Sinar Online melaporkan, PCA dalam satu kenyataan berkata China tidak mempunyai asas undang-udang untuk menuntut hak sejarah terhadap kawasan perairan itu dalam lingkungan sebilan-sempang yang dikemukakan sebelum ini.

"Tiada asas perundangan untuk China mendakwa hak bersejarah mengenai sumber kekayaan di kawasan laut yang dipertikaikan itu sebagai milik mereka," kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut merujuk kepada garisan tuntutan pada peta 1947 kawasan di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber asli, galian dan perikanan. - Siakapkeli.my

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "