Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bas Rempuh 10 kenderaan Selepas Terowong Menora Ada 63 Saman Tertunggak

11 Jul 2016
No Comment

IPOH : Sebuah bas persiaran yang dilaporkan merempuh kira-kira 10 buah kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini semalam mempunyai 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan, lapor Bernama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, berdasarkan siasatan, pemandu bas berkenaan yang berumur 51 tahun itu pula memiliki sembilan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju sejak 2011 hingga 2015.

"Hasil ujian air kencing mendapati pemandu terbabit yang merupakan pembantu pemandu negatif dadah. Polis telah mengambil keterangannya," katanya.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Ng Geok Nee membenarkan permohonan pihak polis agar pemandu terbabit yang berasal dari Johor Baharu direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pemandu pertama bas berkenaan Zakaria Ahmad, 50, ketika ditemui di perkarangan mahkamah itu berkata sebelum memulakan perjalanan beliau dan rakannya telah memastikan bas terbabit berada dalam keadaan baik.

"Rakan saya (suspek) yang merupakan pemandu kedua cukup tidur sebelum memulakan perjalanan pada pukul 12 tengah hari.

"Ketika kejadian saya yang sedang tidur terkejut apabila mendengar jeritan penumpang dan pemandu cuba memperlahankan kenderaan serta merendahkan gear tetapi tidak boleh," katanya ketika di temui di perkarangan mahkamah.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong dalam satu kenyataan berasingan berkata ketika kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju Kuala Lumpur dipercayai mengalami masalah brek.

"Bas itu bergerak laju ketika menuruni bukit menyebabkan pelanggaran berlaku membabitkan 10 kenderaan lain.   

"Semua 28 penumpang bas selamat, pemandu dan penumpang kenderaan lain juga selamat kecuali hanya seorang wanita berumur 21 tahun yang mengalami kesakitan di bahagian perut," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "