Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Azan Dilaungkan Buat Pertama Kali Selepas 81 Tahun di "Hagia Sophia"

4 Jul 2016

ISTANBUL - TURKI - Selepas 81 tahun lamanya, azan dilaungkan dari dalam Hagia Sophia - salah satu monumen yang paling ikonik di Istanbul.

RT.com melaporkan, azan itu berkumandang di dalam muzium itu kelmarin.

Sejak empat tahun lepas, azan sudah pun berkumandang dari menara-menara di muzium itu. Tetapi hanya secara 'virtual' kerana secara fizikalnya muazzin hanya berada di dalam sebuah bilik solat dan bukannya di dalam Hagia Sophia.

Bulan lalu, Turki telah membenarkan bacaan Al-Quran didalam Hagia Sophia sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

AFP melaporkan, setiap hari, saluran televisyen Turki, Diyanet TV akan menyiarkan ulama-ulama Turki membaca Al-Quran di dalam muzium itu pada waktu sahur.

Namun langkah tersebut dibantah oleh pembangkan di negara itu yang menyifatkan ia sebagai mengarut.

Hagia Sophia, yang bermaksud 'Hikmah Suci' dalam bahasa Greek, dibina sebagai sebuah gereja Byzantine pada abad ke-6 sebelum ditukar menjadi masjid pada 1453 apabila tentera Ottoman menakluki Istanbul, yang ketika itu dikenali sebagai Constantinople.

Selepas kejatuhan Empayar Ottoman dan setelah Turki dibangunkan sebagai negara moden sekular, masjid tersebut ditukar menjadi sebuah muzium pada 1935.

Pada Mei lalu, ribuan jemaah berhimpun di Hagia Sophia untuk menuntut hak mereka untuk menunaikan solat di sana. - Siakapkeli.my

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "