Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Kucing Terperangkap Diselamatkan Guna Tali

11 Jul 2016
No Comment


Kuantan, 11 Julai - Seekor anak kucing yang terperangkap dalam saluran paip di Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini berjaya diselamat oleh sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Taman Tas.

Nasib malang kucing itu disedari oleh penuntut kolej itu yang kemudian menghubungi pihak bomba.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Taman Tas, Bahron Amzah, berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.48 tengah hari ini.

Menurut beliau, pasukannya terpaksa menggunakan tali untuk menyelamatkan anak kucing itu.

Difahamkan, anak kucing itu terjatuh dan terperangkap dalam saluran paip sedalam lebih satu meter," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Operasi itu selesai sekitar jam 1.19 petang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "