Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak 'Breastfeeding', Memang Kurang Peramah, Cengeng, Dan Asyik Menangis Tetapi Mereka Sebenarnya...

30 Jul 2016
No Comment

Seperti ramai sedia maklum, makanan terbaik untuk bayi baru lahir sudah pasti susu ibu di mana ia meberi sumber makanan yang cukup kepada si anak.

Susu ibu juga kaya dengan pelbagai antibodi, jadi tidak hairanlah anak yang disusu badan lebih kurang kurang terdedah kepada jangkitan penyakit selain ia mendatangkan manfaat besar kepada ibu itu sendiri seperti mengecutkan rahim yang baru lepas bersalin, sebagai ubat penenang dan pelbagai lagi.

Anak breastfeeding(bf) ini pula dilihat terlalu manja dengan ibunya, dilihat mempunyai banyak karenah, kenapa mereka bersifat begini, jom baca pencerahan dari Puan Puteri Zahararina Zulan yang merupakan seorang perunding kesihatan dan merupakan seorang ibu yang menyusukan anak.

Jom kita baca.

Anak 'Breastfeeding',

Benar, anak bf memang kurang 'peramah', anak bf memang cepat cengeng, anak bf memang kerja melekap sahaja, anak asyik menangis sahaja bila bayang ibu tak nampak,anak asyik melekap sahaja, anak tak nak dengan pengasuh.


Kita mengandung sembilan bulan anak dalam perut, sembilan bulan anak rasa perasaan ibunya, anak lahir, situasi semua berubah.

Dari ruang sempit, terus ke ruang yg sangat luas, tiada lagi bunyi degupan jantung ibu, tiada lagi rasa kehangatan air ketuban, dunia ini asing bagio mereka.

Tak selesa, nangis.

Sakit, nangis.

Lapar, nangis.

Tak suka, nangis.

Takut, nangis.

Kenapa nak pelik bila anak asyik nangis sahaja? Apa lagi yg dia mampu selain menangis, senyum, terkekek? Ke anda jangka bayi dah boleh bercakap selepas sahaja lahir?

Apabila anak menyusu badan, segala perasaan ibu itu anak turut akan rasa, jika anda perasan, bila kita ada emosi yg terganggu, marah ka, sedih ka, anak pasti tolak/taknak menyusu. Anak pun turut meragam.

Ya, anak memang tahu perasan ibu itu, sembilan bulan dalam perut, bukan sembilan hari, bukan sembilan minggu.

Sebab itu kita kena jaga emosi ketika bf anak, angan pelik bila habis kerja, anak mengempeng bagai nak gila, jangan pelik bila kurang masa, anak meragam serba tak kena, jangan pelik bila menyusukan dia,

Dia tenung mata macam jatuh cinta.

Dia, rindu.

Selagi dia tak tahu main,

Selagi dia tak 'busy',

Selagi dia tak tahu leka sendiri,

Selagi tu dia akan rindu kita, rindu mengempeng, rindu tenung mata, rindu masuk jari dlm mulut, rindu dakapan kita.

Tak lama, beberapa tahun sahaja, nanti, kita pula yang rindu mereka.
____
Ikhlas,

Bf Mom.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "