Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Allahyarham Tok Guru Sampaikan Pesanan Terakhir Arwah Sebelum Meninggal Dunia

23 Jul 2016
No Comment

Semalam ummat Islam di negara kita dikejutkan dengan berita sedih apabila Tuan Guru Haji Salleh Musa yang merupakan ulamak besar telah meninggal dunia.

Anak sulung Allahyarham, Zubir Salleh,52,  telah menyampaikan pesanan terkahir Tuan Guru kepada masyarakat agar tidak lupa membuat kebajikan kepada dirinya.

"Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH."

"Selain pesanan jaga hubungan dengan ALLAH, tuan guru pesan untuk buat kebajikan kepadanya sama ada sedekah bacaan Al-Quran atau amal kebajikan lain,"katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurut beliau lagi, Tuan Guru Haji Salleh tidak sedarkan diri pada tengah hari malam sebelum itu dan disahkan meninggal dunia jam 8.15 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Sementara itu, sejak semalam dan pagi ini puluhan ribu orang telah datang menziarahi Allahyarham di Madrasah Ar-Rahmaniah dan jenazah Tuan Guru selamat dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi tadi. - Siakapkeli.my

Kredit: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "