Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abang Barrack Obama Kata Dia Akan Undi Trump November Ini

25 Jul 2016

Abang tiri kepada Barrack Obama berkata dia akan mengundi untuk calon Republik, Donald Trump di pilihanraya U.S pada November ini kerana dia sukakan calon itu dan tidak gemar dengan pimpinan abangnya.

Malik Obama, 50-an, memberitau Reuters bahawa dia menyokong dasar-dasar yang dibawa oleh Trump, terutamanya fokusnya terhadap keselamatan.

Malik menyifatkan Trump sebagai sangat merendah diri dan bercakap dari hati serta seorang yang sangat berterus terang.

Malik merupakan seorang penduduk U.S yang tinggal di Washington sejak 1985 dan bekerja sebagai konsultan kewangan bebas.

"Saya seorang Muslim, tapi kita tidak boleh ada orang-orang disekeliling kita yang suka-suka menembak dan membunuh orang dengan nama Islam", katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Actually la kalau memang betul2 dua pilihan sahaja ak lagi suka Trump dari Hillary. At least Trump dia jahat depan2. Hillary jahat dia diam2

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "