Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

14 Anggota Daesh Ditahan, Bahan Letupan Dipercayai Untuk Serang KPN & Lembah Klang Dirampas

24 Jul 2016
ANTARA suspek yang dipercayai terlibat dengan Daesh ditahan oleh polis baru-baru ini - foto : Utusan

KUALA LUMPUR 24 Julai - Pihak polis berjaya menggagalkan rancangan pengganas Daesh untuk membunuh dua pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyerang Lembah Klang apabila menangkap 14 pengikut kumpulan itu termasuk seorang wanita di lima negeri pada 14 hingga 20 Julai lalu.

Salah seorang suspek ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman berperanan sebagai pembuat bahan letupan yang diubah suai (IED) dan berkongsi cara membuat bom itu dengan anggota kumpulan Daesh menerusi aplikasi Telegram.

Selain itu, polis juga menemui satu kilogram bom itu yang telah siap diadun di rumah suspek yang berusia 28 tahun itu di Sungai Buloh, Selangor pada Selasa lalu.

Bahan letupan yang ditemui itu dipercayai akan digunakan untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman, Datuk Ayoh Khan Mydin Pitchay melalui satu serangan yang bakal dilancarkan.

Bahan letupan itu dipercayai akan digunakan untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay melalui satu serangan yang bakal dilancarkan.

Selain itu, penganggur terbabit turut menerima arahan daripada rakyat Malaysia di Syria, Muhammad Wanddy Mohamed Jedi untuk menghasilkan IED bagi menyerang Lembah Klang dan dijanjikan sepucuk pistol bagi mempertahankan diri jika ditangkap.

Khalidi berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 49 tahun itu ditahan di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

Tambah beliau lagi, empat suspek termasuk pembut bom IED adalah penganggur, tiga bekerja sendiri, dua tukang masa, dua pekerja swasta. Selebihnya merupakan seorang mekanik kereta, juru kimpal dan penuntut institusi pengajian tinggi swasta.

Menurutnya, 12 yang ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Sela­ngor, Pulau Pinang dan Sabah merupakan anggota sel sama dengan suspek yang diberkas dalam operasi hujung bulan lalu dan dipercayai menerima arahan dari Muhammad Wanndy untuk melancarkan serangan di Malaysia.

Seorang lagi suspek berumur 49 tahun ditahan di Kedah pula dipercayai merekrut anggota baharu menerusi usrah sulit di Sik, Kedah dan berperanan mengatur perjalanan ke Syria termasuk Abu Ghani Yaacob @ Abu Kedah yang terbunuh pada 17 April lalu.

Manakala wanita berumur 43 tahun dari Perak pula giat mempromosikan kumpulan Daesh selain merancang masuk ke Filipina bagi menyertai kumpulan militan dengan bantuan Dr. Mahmud Ahmad yang menyertai kumpulan Abu Sayyaf,” katanya.

Tangkapan terbaharu ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan kerana terlibat dengan Daesh adalah sebanyak 75 orang sejak Januari tahun ini.

Sumber : Utusan Online.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pernah je kt uni dulu ak main dengan kawan2 cuba2 buat bahan letupan (class primary). Main kita2 jer untuk science, ketuk2 dengan hammer "pek" bunyi dia. Pun sebab nak grad so kalau balik malaysia buat, dah jadi kesalahan undang2 walaupun tak sakiti sesiapa pun. Tapi benda macam isis ni la, memerlukan hati yang amat kotor kalau nak buat bom macam ni yang boleh bunuh manusia, bahkan menghancurkan keluarga mereka yang tersayang. Sesiapa nak buat benda macam ni, janganlah. Islam tak ajar macam ni. Peace

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "