Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Bas Bawa Lamborghini, Audi R8 Pergi Kerja Cetus Tanda Tanya

17 Mei 2016


China, 17 Mei - Mungkin sukar untuk diterima, tetapi orang 'kaya' di Taiyuan nampaknya bekerja sebagai pemandu bas.

Menurut portal Shanghaiist, beberapa keping gambar telah menjadi viral di media sosial China yang memaparkan seorang pemandu bas awam di bandar itu memandu Lamborghini untuk pergi ke tempat kerja.

Gambar-gambar itu seterusnya mencetus tanda tanya dari mana dia mendapat duit sebanyak itu untuk memandu kereta-kereta mewah itu.

NetEase melaporkan, pemandu itu cuma kelihatan seperti penduduk biasa, yang memandu Lamborghini Gallardo berwarna kuning atau Audi R8 biru ke tempat kerja.


Difahamkan juga, lelaki tersebut adalah ahli dalam kelab pemilik kereta mewah di bandar tersebut.

Taiyuan merupakan ibu kota wilayah Shanxi, yang terkenal dengan perlombongan arang batu dan juga korupsi rasuah sehinggakan pegawai penyiasat rasuahnya sendiri dituduh rasuah sebanyak $31.7 juta (RM 127 juta).

Biarpun begitu, netizen di China tetap terkejut dengan gambar-gambar pemandu itu yang disifatkan terlebih luar biasa.


"Kereta-kereta mewah itu bernilai berjuta-juta RMB, mana dia dapat duit sebanyak tu?", tanya seorang netizen.

"Bagi saya dua kereta seperti tu dan saya akan bawa bas juga", seorang lagi netizen menulis komen.

Lelaki itu patut letak jawatan, kerja seperti ini sepatutnya diambil oleh orang yang lebih memerlukan", marah seorang lagi pengguna.

Namun ada juga yang berfikiran positif dengan berkata pemandu bas tersebut menang hadiah loteri. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "