Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Tegur KJ : "Ia Bukannya Pemain. Ia Adalah Organisasi"

10 Apr 2016

Johor, 10 Apr - Tengku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tiger menerusi posting yang bertajuk "KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN, FAM DAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR, TIBA MASANYA UNTUK BERUBAH".

TMJ berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan KJ bahawa pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti dan KJ sebagai Menteri Sukan sepatutnya bertanggungjawab atas masalah ini.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mengatakan bahawa pemain bolasepak tempatan kita kurang berkualiti. Saya mohon difikirkan semula. Anda sebagai Menteri Sukan perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki masalah ini

"Antara perkara yang tidak berkualiti adalah beberapa menteri-menteri kita dan persatuan persatuan yang hanya tahu menuding jari dan menyalahkan orang lain tanpa pernah mengambil sikap bertanggungjawab atas kesalahan tersebut", kata TMJ.

TMJ juga turut memberikan contoh berdasarkan fakta dan rekod dari pasukan teknikal kelab JDT bagi mengukuhkan kenyataannya.

"Apabila kami memenangi Piala AFC dan Liga Super pada tahun lepas, 60% daripada gol dijaringkan oleh pemain tempatan. Idea yang digunakan oleh JDT adalah mengutamakan pemain tempatan dan meningkatkan kebolehan mereka.

Ini adalah pemain sama yang gagal beraksi cemerlang untuk pasukan kebangsaan.", kata TMJ.

TMJ juga berkata, bukan pemain yang sepatutnya disalahkan tetapi organisasi yang bertanggungjawab ke atas pemain tersebut.

"Ia bukannya pemain. Ia adalah organisasi. Orang-orang dalam organisasi yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme.

Sebelum ini, KJ berkata beliau tidak terkejut dengan kedudukan pasukan bola sepak negara dalam ranking yang dikeluarkan oleh FIFA baru-baru ini.

Saya memang menjangkakan ranking akan turun, sebab itu kita melabur untuk Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) dan mereka kini baru berusia 14 tahun.

“Kalau mahu melihat peningkatan yang membanggakan, saya rasa kita perlu tunggu. Maaflah, itulah kualiti pemain yang sedia ada.", kata KJ sebagaimana lapor Harian Metro.

Selain dari KJ, isi posting panjang oleh TMJ itu juga turut sama ditujukan kepada  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga peminat-peminat bola sepak tanah air. - Siakapkeli.my


KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN, FAM DAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR, TIBA MASANYA UNTUK BERUBAHSaya tidak bersetuju...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, 10 April 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "