Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terima Kasih HINDRAF - Dr. Zakir Naik

13 Apr 2016

JERTIH, 12 Apr: Dr. Zakir Naik berterima kasih kepada HINDRAF yang disifatkan oleh beliau memberi publisiti percuma kepadanya.

Kata beliau, tentangan beberapa pihak yang tidak senang dengan kedatangannya ke sini adalah cabaran untuknya.

Biarpun begitu beliau bersyukur kerana kontroversi membabitkan dirinya berjaya menyatukan umat Islam khususnya di negara ini.

"Saya berterima kasih kepada Hindraf kerana memberi publisiti percuma kepada saya. Sekarang semakin ramai yang datang mendengar syarahan saya. 

"Saya gembira apabila tentangan itu membuka mata dua parti politik Islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS untuk bersatu.

"Apa yang dapat dilihat, apabila musuh datang, nampak umat Islam semakin bersatu. "Itu cabaran biasa sebagai pendakwah. Itu sifat manusia biasa apabila ada yang suka dan tidak suka.

"Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah ini," katanya ketika syarahan umum bertajuk "Adaah Allah Wujud" di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut sebagaimana lapor BH Online.

Mengulas tentang tajuk syarahannya di Melaka yang terpaksa ditukar, Zakir berkata beliau akur dengan permintaan pihak berkuasa dan bersedia untuk sebarang perubahan biarpun di saat akhir.

"Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah hadirin yang akan datang ke syarahan umum saya di Melaka akan bertambah.

"Saya dapat rasakan penduduk Melaka semakin tidak sabar menantikan kehadiran saya," katanya. Beliau berkata, ini adalah kali keenam kedatangannya ke Malaysia dalam tempoh 20 tahun dan setiap kali syarahan jumlah pengikutnya semakin bertambah.  - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ~JOM TOPUP~
    MEMBER BARU DAPAT 30
    MEMBER LAMA DAPAT 10
    REFER KAWAN DAPAT 20%
    ▶whatsapp+6016-2775-248◀
    Dapatkan ID anda dan Menang kawkaw
    Cepat dan jangan tunggu lagi.
    (SCR/12WIN/LUCKY PALACE/ROLEX)
    http://swin888.blogspot.com/

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "