Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Tahun Satu Dipatuk Ular Hijau Ditandas

28 Apr 2016


JOHOR BAHRU - Seorang pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2, Pasir Gudang dipatuk ular di tapak tangan kiri di tandas sekolah tersebut pada petang semalam.

Pelajar terbabit, Muhammad Ar Rayyan Nazlan Mohd Nasrul, 7, bagaimanapun kini berada dalam keadaan stabil dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail di sini.

Menurut ibu mangsa, Hajar Norhafiza Ismail, 30, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang semalam.

Tambahnya lagi, dia difahamkan anaknya itu berada seorang diri di tanda sekolah itu di tingkat tiga ketika kejadian.

"Anak saya memaklumkan dia dipatuk ular bewarna hijau dan agak panjang. 

"Sejurus kejadian, dia terus memaklumkan kepada guru dan dihantar ke Klinik 1Malaysia sebelum ditukar ke sini (HSI).

"Rasa sangat terkejut, tetapi, alhamdulillah, saya bersyukur dia dalam keadaan selamat,"  katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata mangsa dipatuk ular yang tidak berbisa.



"Dia dipatuk ular tidak berbisa pada tangan kirinya. Mangsa memaklumkan kejadian kepada guru lalu dibawa ke oleh dua guru ke Klinik 1Malaysia di lokasi berhampiran. Keadaannya dilaporkan stabil," katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "