Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MAS & Air Asia Tampil Bantu Penumpang Rayani Air, Dua-dua Tawar Diskaun

11 Apr 2016

KUALA LUMPUR, 11 April — Penumpang Rayani Air yang terjejas akibat penggantungan syarikat penerbangan itu boleh menempah semula penerbangan mereka yang dibatalkan melalui Malaysia Airlines dan juga Air Asia dengan diskaun.

Kedua-dua syarikat penerbangan ini tampil hari ini memberikan tawaran tersebut untuk membantu penumpang-penumpang itu dan juga turut menawarkan diskaun.

Tawaran MAS

MAS dalam satu kenyataan berkata tawaran tambang itu boleh didapati mulai hari ini sehingga 30 April 2016 bagi perjalanan segera sehingga 31 Julai 2016.

Dalam hal ini, kami menawarkan tambang istimewa kepada penumpang yang terjejas untuk membawa mereka ke destinasi yang dihasratkan.

“Kami berharap tawaran ini akan meringankan masalah perjalanan yang dihadapi penumpang,” kata Ketua Pegawai Komersial MAS Paul Simmons sebagaimana lapor Bernama.

Mereka yang mahu berbuat sedemikian menghubungi 1-300-88-3000 atau lawati kaunter tiket Malaysia Airlines di seluruh negara.

Tawaran Airasia

Syarikat penerbangan AirAsia pula menawarkan diskaun sebanyak 50% kepada mereka yang terlibat.

Tawaran itu bagaimanapun hanya membabitkan perjalanan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini sehingga 27 April ini.

Diskaun 50 peratus itu hanya boleh dinikmati penumpang yang memegang tempahan tiket yang sudah disahkan selain mengemukakan tiket itu di mana-mana cawangan AirAsia Travel & Service Centre di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) ; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ;Lapangan Antarabangsa Sultan Ismail Petra ;Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ketua Komersial Air Asia, Spencer Lee melahirkan rasa simpati terhadap penumpang yang terlibat.

 "Kami berasa simpati terhadap semua penumpang yang terjejas dan diharapkan diskaun potongan sebanyak 50% ini dapat membantu mereka untuk meneruskan urusan perjalanan, terutamanya dengan kekerapan penerbangan kami yang lebih luas ke destinasi terjejas. 

"Mereka boleh mengunjungi ke mana-mana cawangan AirAsia Travel & Service Centre di lapangan terbang yang tersenarai malah ejen perkhidmatan Air Asia akan membantu dengan tempahan tiket penerbangan baru," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "