Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GPMS P. Pinang Kutuk Tindakan Ramasamy Gelar Dr Zakir Naik 'Syaitan'

11 Apr 2016

GEORGETOWN, 11 Apr - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang mengutuk kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr. P.Ramasamy menggelar pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai 'syaitan dan penipu'.

Menurut pengerusi Biro Agamanya, Azdy Mohd Arshad, sebagai seorang timbalan ketua menteri dan ahli akademik, Ramasamy sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan di Facebook.

"GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Beliau berkata, Ramasamy sepatutnya tahu tindakan menyekat atau menghalang agama lain melaksanakan ajaran mereka adalah salah di sisi undang-undang.

Menurutnya jga, Ramasamy perlu lebih rasional dan bertanggungjawab dengan menyelidik dahulu latar belakang Zakir sebelum membuat tuduhan demikian.

"Kami mencadangkan Ramasamy dapat melapangkan masa dan berlapang dada mendengar sendiri ceramah yang bakal disampaikan anak Dr Zakir Naik iaitu Fariq Naik pada 15 April ini di Kompleks Masyarakat Pulau Pinang.

"Semoga dengan kehadiran beliau mampu mengubah persepsi negatif dan dakwaan bersifat emosional terhadap Dr Zakir Naik dan Islam," katanya. - Siakapkeli.my



Dapat khabar MIC akan protest kehadiran DZN harini dan menghalang beliau untuk berceramah di KL & Melaka. Jikalau MIC...
Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Sunday, 10 April 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "