Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahli Perniagaan Malaysia Miliki Kelab Bola Sepak Itali

13 Apr 2016

KUALA LUMPUR 13 April – Jika sebelum ini Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Tony Fernandes membeli kelab bola sepak luar negara, kini seorang lagi ahli perniagaan negara ini turut sama membeli saham sebuah kelab dari luar negara namun kali ini kelab itu dari Itali.

Dr. Noordin disahkan membeli saham kelab yang bernama FC Bari 1908 yang bersaing dalam divisyen dua negara itu.

Pengesahan itu dibuat oleh laman web rasmi kelab tersebut di www.fcbari1908.club.



Laporan akhbar Itali menyebut Dr. Noordin telah menandatangani perjanjian awal dengan presiden kelab, Gianluca Papresta yang menjual 50 dari 95 peratus sahamnya dalam kelab berkenaan.

Bagaimanapun menurut mereka, operasi pemilikan tersebut perlu menunggu sehingga Dr. Noordin bersama peguamnya tiba di Bari.

Berita ini dsambut baik oleh penyokong kelab berkenaan yang dilihat mengucap selamat datang kepada usahawan dari Malaysia itu baik di laman sosial mahupun ketika meonton perlawanan di Stadium.

Pengumuman itu juga memberi harapan baharu kepada peminat, malah turut mencipta sejarah tersendiri apabila FC Bari bakal menerima rakan niaga dari luar negara buat pertama kali selepas beratus tahun lamanya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "