Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tesco Bukit Mertajam Tawar Kerja Kepada Lelaki 'Kantoi' Mencuri Buah Di Pasaraya Mereka

13 Mac 2016
One Comment

BUKIT MERTAJAM: Seorang penganggur yang ditahan oleh pengawal keselamatan kerana mencuri buah-buahan dan minuman dalam tin di Pasaraya Tesco Bukit Mertajam baru-baru ini nampaknya telah mendapat berita yang sungguh tidak disangkanya.

Ini kerana, pihak Tesco Bukit Mertajam telah mengambil keputusan yang sungguh terpuji apabila dikatakan telah mengambil lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Pirdaus Azizan, 31, sebagai pekerja mereka.

Ini kerana hasil soal siasat, Pirdaus dikatakn terpaksa mencuri kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kepada anak-anaknya dirumah yang kelaparan.

"Isteri saya, Norfarahiza Salahuddin, 31, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Bukit Mertajam  kerana komplikasi akibat keguguran," kata Pirdaus dipetik laporan Astro Awani.

Pengurus Tesco Mall Bukit Mertajam, Harlina Arijauddin dan Pengurus Sumber Manusia, Nurdiana Ajis mengesahkan tindakan berkenaan di mana katanya mereka telah mengambil keputusan untuk tidak mendakwa Pirdaus sejurus mendapat kesahihan cerita Pirdaus.

"Kami bukan mahu menggalakkan kecurian. Tetapi kes ini berbeza. Kami sudah menjalankan siasatan dan apa yang diceritakan Pirdaus memang benar. Kami bersimpati dengan kesusahannya, dan kami faham apa yang dilakukan adalah kerana terpaksa," kata jurucakap Tesco kepada Astro Awani.

Sementara itu, pihak polis Bukit Mertajam memberitahu bahawa mereka tidak mengambil apa-apa tindakan kepada lelaki berkenaan kerana tiada sebarang laporan polis dibuat.

"Tindakan lelaki berkenaan mencuri memang satu kesalahan namun ia dibawah pengurusan pasaraya berkenaan.

"Pihak Tesco ada memaklumkan mengenai kejadian berkenaan namun menyatakan ia telah diselesaikan secara baik oleh pihak mereka," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "