Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Kemaskini] Seleweng Dana RM100 juta: Pegawai KBS Dikeluarkan dari Kementerian

22 Mac 2016

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pegawai Kanan Kementerian Belia Sukan (KBS) yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam penyelewangan dana RM100 juta dipindahkan ke kementerian lain.

Perkara itu dimaklumkan oleh menterinya, Khairy Jamaluddin menerusi satu surat yang dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tindakan segera.

"Saya minta Ketua Setiausaha saya tulis kepada Jabatan Pekhidmatan Awam untuk keluarkan perintah tahan kerja dibawah peraturan 43 peraturan-peraturan pegawai awam.

"Maksudnya, beliau dipindahkan keluar dari KBS. Beliau secara teknikal tidak digantung sebagai penjawat awam tetapi dikeluarkan dari kementerian," ujarnya lapor Astro Awani.

Individu tersebut kini ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, KJ turut berkata beliau perlu memastikan segala siasatan yang dijalankan dibuat secara menyeluruh, telus dan bebas.

"Saya ada tanggungjawab untuk pastikan bahawa segala proses ini diperbaiki dan diperbetulkan sebab ini berlaku di peringkat pentadbiran, di peringkat penjawat awam dan beliau telah memanipulasi satu proses dan prosedur sekian lama dan tugas dan tanggungjawab saya untuk pastikan siasatan dibuat secara menyeluruh tanpa gangguan, bebas, telus dan untuk hasil siasatan diperingkat petugas khas dilaksanakan sepenuhnya, soal jenayah itu soal SPRM," ujar beliau.

Dalam masa yang sama, KJ turut berkata beliau mengenali pegawai tersebut namun secara peribadi tidak mengetahui gaya hidup mewahnya.

"Secara peribadi, saya tidak tahu, sebab saya lihat beliau biasa sahaja di pejabat. Apa yang ditunjukkan dalam media, gaya hidup beliau, tidak dipamerkan sewaktu kerja. Di pejabat, saya tidak perasan sebab saya tak tengok jam dia," jawab Khairy. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "