Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

LGE Tidak Boleh Dihukum Bersalah Selagi Tidak Terbukti Bersalah - Hadi

21 Mac 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: "Beliau tidak patut dihukum selagi beliau tidak didapati bersalah," itu adalah komen Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang apabila diminta mengulas mengenai isu yang melanda Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dituduh terlibat dengan penyelewengan berhubung isu pembelian rumah banglo berharga RM2.8 juta.

Menurut beliau lagi, orang ramai sepatutnya menyerahkan kes itu sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.

“(Isu pembelian rumah oleh Guan Eng) itu serah kepada SPRM, terpulang kepada keputusan siasatan, kita tidak boleh buat keputusan sekarang.

“Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan, (itu) baru pertuduhan,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen, lapor portal Free Malaysian Today.

Sebelum ini, SPRM telah membuka satu kertas siasatan berhubung pembelian rumah banglo oleh Guan Eng berkenaan yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran.

Isu pembelian berkenaan timbul selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membuat pendedahan di Dewan Rakyat minggu lalu dan pemimpin UMNO Pulau Pinang telah  mengaitkan pembelian rumah banglo itu dengan skandal Taman Manggis pada 2012.

Shabudin mendakwa, nilai pasaran harga rumah berkenaan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

SPRM dilaporkan akan menyiasat kes itu mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.

Bagaimanapun Guan Eng menafikan dakwaan itu dan menegaskan harga banglo itu dpersetujui selepas rundingan terus dengan pemiliknya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "