Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kereta Rasmi Milik Kerajaan Dikecualikan Daripada Saman Had Laju

24 Mac 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: Semua kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, lapor Malaysiakini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana kebanyakkan kereta yang dinaiki oleh menteri adalah atas urusan rasmi kerajaan.

"Ia adalah sesuatu yang berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi."

"Kereta kerajaan, jika kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis."

"Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu."

"Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.

"Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan saman terhadap kenderaan rasmi menteri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat dan soalan tambahan daripada Teo Kok Seong (DAP-Rasah).. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "