Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kelar, Tikam Isteri Bertubi-Tubi : Suspek Dakwa Dengar Suara Halus

21 Mac 2016

JOHOR BAHRU, 21 Mac: Berikutan kes seorang wanita mati akibat yang berlaku di sebuah kampung di Kangkar Tebrau semalam, suspek yang juga suami kepada mangsa mendakwa terdengar suara halus yang menyuruhnya bertindak sedemikian.

Baca : Wanita Maut Dikelar Suami

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh, jiran memberitahu terdapat pergaduhan yang berlaku antara pasangan itu sebelum kejadian.

"Siasatan awal mendapati jiran mangsa telah mendengar pergaduhan di rumah mangsa sekitar jam 10 pagi. Pergaduhan disyaki antara suami (suspek) dan isteri (si mati) tanpa tidak diketahui puncanya.

"Bagaimanapun, jiran mengganggap ia hanya pertengkaran biasa antara suami isteri dan tidak menghiraukan insiden tersebut," kata Sulaiman sebagaimana lapor Astro Awani.

Menurut Sulaiman juga, mayat mangsa ditemui oleh anak mangsa yang berusia 9 tahun yang dipercayai baru pulang dari sekolah jam 2 petang yang ternampak mangsa tertiarap di ruang tamu dan dipercayai telah meninggal dunia.

Menurut pelajar tersebut, adiknya yang berusia 5 tahun memberitahu ibu dan suspek bergaduh pada sebelah pagi dan melihat suspek menikam mangsa menggunakan sebilah gunting.

Pelajar berkenaan kemudian membawa adiknya itu ke rumah neneknya yang terletak lebih kurang 20 meter dari tempat kejadian.

Sulaiman berkata terdapat luka hasil kelaran di leher dan tikaman pada dada kiri serta beberapa tikaman di bahagian belakang.

"Berdasarkan pengamatan, mangsa telah dikelar dahulu sebelum ditikam beberapa kali di bahagian badan mangsa," kata Sulaiman.

Susulan kejadian itu, seorang suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit ditahan pada pukul 3 petang di Jalan Padi Mahsuri 1, Bndar Baru Uda lebih kurang 15 kilometer dari tempat kejadian.

"Suspek telah membuat pengakuan awal membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau yang telah dicuci dan diletakkan di dapur tempat kejadian. Suspek juga mengaku menikam isterinya dengan menggunakan gunting," kata beliau.

Polis mendapati motif utama suspek bertindak sedemikian kerana dipercayai mendengar bisikan-bisikan halus untuk membunuh isterinya, kata Sulaiman. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. itu je la alasannya. dh bunuh isteri bole pulak ckp dgar suara makhluk halus ke apa ke. sian kat anak2 yg melihat tragedi berdarah ni mesti trauma. sebenarnya manusia ni bila tgah marah dan xdapat pulak nak control itu yg mcm2 jadi.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "