Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Helikopter Milik Tentera Indonesia Terhempas Disambar Petir, Kesemua Anggota Maut

21 Mac 2016
No Comment

JAKARTA : Sebuah helikopter jenis 412 EP milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) telah terhempas petang Ahad semalam di mana mengorbankan kesemua 13 anggota termasuk juruterbang.

Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang waktu tempatan ketika pesawat berkenaan sedang melakukan opersi khas.

Menurut jurucakap Bahagian Penerangan Tentera, Made Sutia berkata, pesawat berkenaan telah berlepas dari Desa Watutau, Daerah Lore Piore di Poso pada pukul 5.20 petang.

Ketika kejadian, keadaan cuaca dilaporkan buruk setelah kira-kira 30 minit helikopter malang itu terbang sebelum disambar petirdan  terhempas di kawasan perkebunan di Kasiguncu, Poso Pesisir Selatan, Poso.

Kesemua mangsa ditemui mati dalam helikopter jenis 412 EP yang terbakar itu. Mayat-mayat dibawa ke hospital di Palu. – Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "