Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guru Rebah Meninggal Dunia Selepas Berucap Di Perhimpunan

21 Mac 2016
No Comment

BANDAR BAHARU: Seorang guru yang mengadu sakit kepala dan berhenti berucap di dalam perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Buntar, dilaporkan telah rebah dan meninggal dunia semalam, lapor Sinar Harian.

Guru tersebut, Suzana Ishak, 48, telah membuat ucapan permulaan di hadapan murid-murid ketika perhimpunan sebelum menyerahkan pembesar suara kepada guru lain untuk meneruskan ucapan dalam perhimpunan itu.

Pengetua SMK Lubuk Buntar, Azaman Abdul Rahman berkata, hari ini guru berkenaan datang awal ke sekolah dan memaklumkan dia bertugas pada minggu ini untuk memberi ucapan permulaan pada perhimpunan.

"Pada jam 7 pagi, arwah sudah sampai ke sekolah dan sempat memberitahu bahawa dia bertugas minggu ini.

“Arwah juga sempat meminta semua pengawas perpustakaan supaya tunggu selepas selesai perhimpunan hari ini dalam ucapannya itu,” katanya. - Siakapkeli.my

Cikgu Suzana dua dari kiri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "