Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahmad Bashah 'Hulur Salam Damai' Dengan Penyokong Bola Sepak

24 Mac 2016

PETALING JAYA, 24 Mac: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berhasrat untuk 'berdamai' dengan penyokong bola sepak Helang Merah selepas dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kedah.

Memetik laporan mStar, langkah itu berikutan sambutan 'dingin' penyokong skuad bola sepak negeri itu terhadap Ahmad Bashah khususnya ketika beliau hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Aman baru-baru ini.

Sumber portal mStar memberitahu, Ahmad Bashah mahu KFA menjalankan hubungan yang baik dengan semua kelab penyokongnya yang aktif di negeri itu termasuk Kelab Penyokong Kedah (Kepak) serta Ultras Kedah.

"Menteri Besar bersedia untuk memberi sokongan padu dan berhasrat untuk bekerjasama dengan semua kelab penyokong di Kedah.

"Tapi beliau meletakkan syarat supaya mereka mendaftar sebagai satu kelab yang sah," kata sumber itu.

Selain itu, difahamkan juga Ahmad Bashah bersedia mengeluarkan peruntukan kewangan melalui KFA supaya kelab penyokong negeri itu bergerak lebih sistematik dan terkawal.

Sumber itu juga memberitahu, selain bantuan kewangan, KFA juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan bas bagi kegunaan kelab penykong ketika pasukan Kedah beraksi di luar.

KFA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Khamis di Wisma Darul Aman bagi melantik Ahmad Bashah sebagai presiden. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "