Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(13 Gambar) Sungai Pahang Surut Dan Cetek Luar Biasa Kesan Fenomena El Nino

24 Mac 2016
No Comment

TEMERLOH: Berikutnn fenomena El Nino kini yang melanda negara di mana suhu di beberapa kawasan yang mencatatkan suhu sehingga lebih 36 darjah Celsius telah menyaksikan Sungai Pahang mengalami air surut dan cetek luar biasa, lapor Sinar Harian.

Hasil tinjauan, kelihatan beting pasir mula jelas kelihatan di sepanjang sungai yang sekali gus menjejaskan nelayan yang menjadikan sungai Pahang sebagai tempat mencari rezeki.

Air yang surut turut menampakkan beting pasir melebihi dua meter dan ada kawasan yang boleh diseberangi dengan berjalan kaki.

Kelihatan juga penduduk sekitar yang turun untuk mencari sejenis siput yang dikenali sebagai etok yang merupakan makanan popular di Pantai Timur.



Seorang penduduk, Mohamad Othman, 54, berkata, kemarau kali ini dilihat amat luar biasa.

Menurutnya, banyak aktiviti ekonomi terganggu terutama penternakan ikan sangkar dan pertanian yang hampir menyamai situasi kemarau pada 1977.

“Jika kemarau berterusan, saya rasa rekod keadaan sungai yang cetek yang pernah berlaku pada 1977 mungkin berulang kembali,” katanya di sini semalam. - Siakapkeli.my












Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "